Ahad lepas saya ke Pesta Buku Selangor. Sebenarnya saya tak adalah plan nak pergi sana pun sebab langsung tak ingat PBS ade kat SACC Convention Centre. Cuma tergerak hati nak singgah kat PBS. Yelah, dah alang2 pergi SACC Mall, tak ada salahnya singgah kejap kan?
Dan sudah semestinya saya tanamkan niat tak mau beli buku sebab kat rumah banyak lagi novel yang belum baca. Saya ni memang rajin beli novel, tiap2 bulan lepas je dapat gaji confirm pergi MPH dan BookXcess untuk dapatkan stok novel. Tapi saya bukannya ada masa nak baca semua tu..huhu!!!
So alkisahnya bila je sampai PBS, mulalah kelabu mata. Semua nak beli!! Mulut bukan main lagi membebel “Tak boleh beli lagi, banyak giler kat rumah belum baca…” tapi tangan bergerak ambik berbijik-bijik novel baru, tambah laju sebab ade diskaun..haha!!
Dari satu booth ke satu booth, kaki ni menapak. Kadang2 kenalah stop sebab traffic jam (Mak oi, ramai sangat2 orang kat PBS!!) and then sampailah saya kat booth NB Kara. Masuklah tengok2, kan? And tengah duk pilih2 tu, adelah seorang kakak ni tegur saya pasal seluar saya. Katanya seluar saya cantik. Saya pun apa lagilah? Boraklah pasal seluar tu…hehe
Bila nak bayar novel yang saya ambik, tiba2 kakak cashier tanya saya, “Nak tanda tangan tak?” So saya dengan muka blur tanya balik, “Tanda tangan?” Dalam otak terpikir, “akak cashier ni Norhayati Berahim ke?” Secara jujurnya, saya memang tak kenal muka Norhayati Berahim walaupun dia memang novelis yang paling saya minat…hehe
Tiba2 akak cashier tu bagi novel tu kat akak yang tanya pasal seluar tadi. Saya dengan kakak saya pun wat muka terlopong dan tanya, “ini ke….” So bila akak tu angguk je, kitorang pun menjerit sakanlah. Rasa cam nak lompat2 je kat situ. Serius, excited sangat2!!!
So kitorang pun dengan selambanya citer pasal novel ‘Sentuhan Kasih’ yang memang kitorang minat sangat, and sempat pulak mintak autograph untuk kawan saya (kebetulan pula saya belikan dia ‘Sentuhan Kasih’ sebab dah lama giler dia carik novel tu).
Lepas tu, apalagi? Ambik gambar lah dengan Nurhayati Berahim. Dapat lah dua keping. Yay!!! Kak Nurhayati Berahim sangat low-profile and baik sangat2!! Love her so much!! =)
So, sape2 nak pergi jumpa dia, korang bolehlah pergi PBS yang sekarang ada kat SACC Convention Centre, Shah Alam. Harap2 dia adalah kat booth NB Kara. Tapi PBS ni sampai hari Ahad ni je tau! Sampai 3 Julai 2011. So ada dua hari lagi…
P/S: PBS menyebabkan saya beli 7 buah lagi novel yang entah bila baru ada masa nak baca..huhu
same mcm ak. tgn gatal beli buku baru tp kat rumah bertimbun lagi tak bace>,<
ReplyDeletesora