July 4, 2011

Angry Birds and netball??

Hari Sabtu yang lepas, kitorang ada perlawanan bola jaring antara department. Pasukan saya bergelar 'Angry Birds'. Tahu tak Angry Birds tu apa? Ala, game dalam smart phone tu lar. 

Ok, ok saya kena buat pengakuan!! Secara jujurnya, saya tak tahu pasal kewujudan Angry Birds sehinggalah last week, when my sis nak pergi beli Samsung Galaxy. Serius terasa sangat jakun masa promoter tu asyik duk promote Galaxy sebab katanya boleh main Angry Birds. Sangat JAKUN kot!! Haha!!

Oklah, sila abaikan kejakunan saya. Sekarang saya nak cerita pasal netball match kitorang. Saya sebenarnya reserved je (main satu game je daripada 4 games yang kitorang lawan). Saya memang tak pandai main sangat!! Sabtu lepas tu adalah kali kedua saya join netball match dalam seumur hidup saya. Tambah pulak kaki kanan saya still tak elok sangat lepas jatuh masa hiking hari tu. Anyway, lepas je tak main tu, saya pun tukar peranan jadik tukang sorak..haha!!Duk menjerit tepi gelanggang macam orang gila pun ada. Tapi peduli apa kan? As long as pasukan saya menang!! Haha!!

Dan Alhamdulillah, pasukan Angry Birds menang tempat pertama. Hadiah dia RM400, tau!! Wow!!! Serius seronok...=) Last time saya main netball, kitorang menang tempat kedua. Boleh lah tahan, kan??

Bercerita pasal netball ni, game Sabtu lepas ada dua kategori, untuk wanita dan lelaki. Lelaki main netball?? Yup, saya tak buat lawak kat sini. Itu adalah kenyataan. Dan kepada sesiapa yang rasa lelaki main netball nampak cam lembut, sila ubah fikiran anda. 

Nak tahu kenapa? Sebab bila lelaki main netball, tiba-tiba je permainan netball yang macam lembut tu terus je jadik ganas. Yup, serius ganas!!! Saya yang tengok ni rasa berdebar je. Seronok pun ada gak..hehe. Fuhh!! Bila diorang lompat tu, sangatlah tinggi. Ala-ala nak buat slam dunk, gitu. Dan bila diorang baling bola, sangatlah laju. Bila saya tengok lelaki main, rasa macam tengok diorang main basketball pun ada, macam main handball pun ada. Tapi yang bestnya, kaki tetap maintain tak bergerak, gitu!! Kiranya bila lelaki main netball, jadinya macam ni:

Basketball + Handball = Guys playing netball

Dan yang paling penting, diorang tetap nampak macho..haha!!!

No comments:

Post a Comment