May 19, 2011

[Cerpen] Kisah Aku dan Dia

Kisah Aku dan Dia adalah cerpen pertama saya yang diterbitkan dalam penulisan2u. Sebenarnya saya memang suka menulis, pernah jugak berangan nak jadik novelis. Tapi selalu je cerita yang saya tulis akan berakhir dengan 'no-ending', maksudnya sampai separuh je, lepas tu saya tak sambung2...hehe.

So sekarang, saya rasa nak menulis balik, dan nak berjinak-jinak dengan lebih serius dalam bidang penulisan. And Alhamdulillah, sejak dua...tiga menjak ni, ada jugak idea yang macam datang dalam otak ni...=)

So, without further ado, let me present you with 'Kisah Aku dan Dia'!!

************************************


Seumur hidupku, aku tidak pernah mengenali cinta seorang lelaki. Kata orang, bila jantung kita berdegup kencang saat bertemu seseorang, itu tandanya kita dilamun cinta. Kalau begitu, selama 25 tahun aku hidup, aku memang tidak pernah jatuh cinta. Bahkan aku tidak pernah jatuh suka pada sesiapapun. Aku masih ingat, waktu di sekolah dulu beberapa temanku akan bercerita pasal ‘crush’ masing-masing.

“Risa!! Dia makan nasi ayam lah hari ni. Sama macam saya. Eeee, sukanya!!!”

“Risa!! Warna baju dia sama lar dengan saya. Matching!! Agak-agak kitorang memang ada jodoh tak?”

“Risa!! Dia kan, dia kan…dia cakap dia suka tengok saya!!”

Setiap kali mereka bercerita pasal budak-budak lelaki yang mereka suka, aku hanya mendengar. Kadang-kadang seronok mendengar celoteh mereka. Dan setiap kali itu jugalah mereka akan menyoalku.

“Risa, awak tak de suka sape-sape ke? Kat sekolah ni kan ramai yang sukakan awak.”

Dan setiap kali itu jugalah aku akan menjawab, “Saya memang tak de suka sape-sape. Tak de feeling pun…”

Entahlah, aku tidak pernah menemui seseorang yang boleh membuatkan jantungku berdegup laju. Aku akui kadang-kadang aku berasa takut kalau-kalau aku akan menjadi anak dara tua. Oh, tidak! Tidak sanggup aku dilabelkan sebagai anak dara tua. Andartu?? Tolonglah!!! Simpang malaikat 44…

“Risa buat apa tu?” Aku terdengar satu suara lantas aku berpaling. Dari kejauhan, aku dapat melihat Puan Rubiah menapak ke arahku.

“Oh, puan dah sampai?” Pertanyaannya tadi tidak kujawab, malah aku mengajukan soalan lain padanya.

“Baru je sampai. Nampak Risa termenung je. Fikir apa tu?” jawab Puan Rubiah sambil mengambil tempat duduk bertentangan denganku.

“Tak ada apa-apa, Puan. Cuma terfikir, saya ni dah 25 tahun tapi tak pernah suka kat sape-sape. Agak-agak saya ni memang tak ada perasaan kot Puan,” ujarku sambil ketawa kecil.
“Risa jual mahal sangat kot?”

“Isy, Puan ni..habis tu takkan nak jual bundle kot? Macam kat pasar malam, 3..10, 3…10!!” jawabku selamba. Ketawa Puan Rubiah meledak. Aku turut ketawa.

Kami menjamu selera sambil berbual mengenai pelbagai topik. Sesekali perbualan kami diselangi dengan ketawa. Aku senang berada dengan Puan Rubiah, ketuaku di tempat kerja. Dia seorang yang sangat rendah diri, sangat senang untuk dibawa berbual dan kadang-kala dia banyak menasihatiku. Dia mengingatkan aku pada ibu di Kelantan. Malah, bila diperhatikan betul-betul perwatakannya memang mempunyai banyak persamaan dengan ibu. Ok, sekarang aku dah makin rindukan ibu!!

“Kalau saya kenalkan Risa dengan anak saudara saya, Risa nak tak?” Tiba-tiba Puan Rubiah menyoalku.

Aku hanya memandangnya terkebil-kebil. Bila masa pula Puan Rubiah ada anak saudara?

“Chup..kejap, Puan ada anak saudara ke? Puan tak pernah beritahu saya pun.”

“Oh, Aril tak de kat Malaysia. Sebab tu tak de banyak cerita pasal dia.”

Jadi, lelaki yang Puan Rubiah maksudkan bernama Aril. Teringat pula pada angan-angan waktu kecilku. Dulu aku sangat sukakan nama Nazril. Dan kalau aku jumpa seseorang yang bernama Nazril, aku akan memanggilnya Aril. Aku suka nama Aril bukan sebab aku sukakan Ariel Peterpan, ya!! Opss, dia dah jadi Ariel Peterporn sekarang…hehe!!

“Aik, budak ni!! Kita tengah cakap dengan dia….boleh pulak dia sengih sorang-sorang.” Aku tiba-tiba disergah oleh Puan Rubiah. Fikiranku tentang nama Aril terus melayang pergi. Aku hanya tersengih.

“Budak ni, memanglah!! So, how? Risa setuju tak?”

“Setuju apa?”

“Ya Allah! Risa ni dengar tak apa yang saya cakap tadi? Risa nak kenal Aril tak? Aril, anak saudara saya yang baru balik dari Auckland.”

“Ala, Puan. Seganlah saya.” Aku cuba menolak pelawaannya lembut.

“Apa yang nak segannya? Risa single, Aril single…kalau korang dapat kenal rapat, tak de salahnya kan?”

Aku hanya mendiamkan diri. Aku bukan mahu menolak, tapi aku memang tak selesa bila ada orang mahu kenalkan aku pada seseorang. Aku rasa seperti menyertai rancangan ‘match-making’ ala-ala The Bachelorette, gitu. Cuma, aku tak adalah cantik macam perempuan dalam rancangan realiti tu.

************************************************************************

Dalam sudi tak sudi aku, sekarang aku dah pun berada dalam Serai Empire, menanti kedatangan Aril, anak saudara Puan Rubiah. Macam mana aku boleh ada kat sini? Panjang ceritanya. Dipendekkan cerita, aku tak sanggup tolak permintaan Puan Rubiah. Gila nak tolak? Puan Rubiah tu boss aku! Walaupun aku rapat dengan Puan Rubiah, dia tetap boss aku. Nak tak nak, kenalah aku ikut cakap dia.

“Are you Irissa Maisara?” Tiba-tiba aku terdengar satu suara. Aku yang sedang meneguk cappuccino, mendongak perlahan dan hampir-hampir tersedak.

Kelihatan di depanku seorang lelaki yang kemas berkemeja biru. Terselit pada tangannya kot hitam. Bertubuh tinggi lampai, matanya agak sepet, hidungnya mancung dan berkulit kuning langsat. Rambutnya yang hitam pekat mengingatkan aku pada Park Dong Joo, watak No Min Woo, pelakon kegemaranku dalam My Girlfriend is Gumiho. Kejap!! Bila diperhatikan betul-betul, dia memang ada iras-iras No Min Woo. Itu yang hampir-hampir tersedak dibuatnya. Ingatkan tadi No Min Woo dah muncul depanku.

“Yes, that would be me.” Aku menjawab pertanyaannya tadi. Tanpa berkata apa-apa, dia mengambil tempat di depanku.

“Ok, let me go straight to the point. I don’t like this idea of match-making us. In fact, I hate it!! Seriously!!! This is 2011. Who on earth would do this kind of thing?” Tiba-tiba dia bersuara. Tanpa henti.

Aku hanya terkebil-kebil. Apa dah jadi ni?

“If I were to get married, it won’t be this way. I will find my own girl. It’s not like I cannot find any. And I’m telling you…I can find a girl much more beautiful than you,” sambungnya lagi sambil memandangku atas bawah.

Ok, apa kena dengan mamat ni? Siapa nak kahwin dengan dia? Dia ingat aku teringin sangat nak ada kat sini? Nak jumpa dia? Nak kahwin dengan dia? Tolonglah!!! Aku bukannya perempuan terdesak!! Dan satu lagi, dia ni tak boleh cakap melayu ke apa?

“Wait!! What are you talking about? And who is match-making us? Puan Rubiah? Your aunty? She just wanted us to meet. That’s all!! And for your information, I don’t even want to be here! I’m here because of her. Not because I wanted to see you.”

Kali ini aku pula yang bercakap. Dia ingat dia boleh cakap apa aje yang dia nak dan aku akan dengar je? Dia silap. Aku bukan macam perempuan melayu klasik zaman dulu-dulu yang akan dengar je cakap lelaki.

“And what did you say just now? Marry? Who is marrying who? There is no such thing as a marriage between us. And believe me, it won’t ever happen. Not in million years!!” Sambungku lagi.

Nah, ambik! Dia ingat dia sorang je boleh cakap orang putih? Aku tak payah pun nak belajar sampai oversea, dapat jugak A1 dalam SPM, band 5 dalam MUET. Siap ada orang putih pernah cakap English aku ni cam slang orang British, tau!

Lelaki yang bernama Muhammad Nazril di depanku hanya tersenyum. Senyuman sinis. Aku rasa macam nak hempuk je kepala dia biar benjol sikit. Agak-agak lepas kena ketuk, dia tak adalah nak senyum sinis macam tu lagi. Senyum tak ikhlas langsung!

“Then, there’s no point of me being here. I don’t understand what my aunty sees in you. She said you’re pretty…..well, I do agree on that," ujarnya sambil tersenyum sinis.

Aku sedikit tersentak mendengar kata-katanya. Dia ni tengah mengata aku ke memuji aku cantik? Pelik bin ajaib betul!

“You’re lovely, gentle, cute….and so on. Itu cakap dia lah. My aunty tu buta ke apa?” sambungnya lagi. Kali ini diselitkan dengan bahasa Melayu. Oh, rupa-rupanya reti BM gak…

“Well, you’re right! Then, there’s no point of being here. So good bye, Mr Nazril!”

Aku lantas mengambil tas tanganku dan bangun dari tempat dudukku. Tak sanggup lagi aku berada di sini. Bukan sebab aku takut pada dia atau takut kalah bertekak dengan dia tapi aku takut tidak dapat menahan perasaanku. Aku ni kadang-kadang akan bertindak luar kawalan. Kalau nak cakap…tak pernah fikir dulu, kalau nak buat sesuatu….tak pernah fikir akibatnya. Umur je 25 tahun tapi perangai macam budak-budak!

"It’s cappuchino, right? I’ll pay for it. My treat,” ujarnya sebelum sempat aku melangkah pergi.

Aku memandangnya sekilas. Dia mengangkat kening, kemudian matanya ditujukan pada cawan yang terletak elok di hadapannya. Ya Allah! Aku betul-betul terlupa pasal cappuchino yang aku minum tadi. Aku belum bayar lagi! Agak-agak kalau dia tak cakap tadi, aku dah keluar dengan selambanya, dengan tak bayar harga minuman itu.

Dapat aku rasakan darah panas menyirap naik ke mukaku. Aku pasti wajahku mesti macam udang kena bakar. Malu teramat! Aku melihat wajah nakalnya. Dia hanya tersenyum. Senyum macam kambing! Sekarang aku betul-betul rasa macam nak hempuk kepala dia. Geramnya!

“Thanks but no thanks. I can pay for my own drink,” ujarku sebelum memulakan langkah untuk menuju ke arah kaunter.

Dia ingat aku ni tak ada duit ke nak bayar minuman aku sendiri. Lagipun, kalau setakat cakap nak belanja sebab nak kenakan aku, baik tak payah! Huh, macamlah aku tak tahu dia cakap macam tu sebab nak main-mainkan aku yang tak ingat pasal cappuchino tu tadi.

“See you again…..Sara,” ujarnya perlahan. Namun jelas kedengaran di hujung telingaku. Secara automatik aku berpaling ke arahnya.

“Apa awak panggil saya tadi?” soalku.

“Sara. I called you….Sara. That’s your name, right?” jawabnya sambil memandangku dengan pandangan yang sukar kugambarkan. Nak kata macam pandangan lembut, macam ya…tapi, tak mungkin!

“Awak tak ada hak nak panggil saya…Sara,” ujarku pendek sambil berlalu pergi. Tanpa berpaling lagi.

Sara! Hanya orang yang rapat denganku boleh panggil aku Sara. Keluargaku dan teman-teman rapatku. Ada hati dia nak panggil aku Sara? Dia ingat dia tu siapa? Bakal suami aku? Isy, tak nak aku kahwin dengan dia! Perasan! Angkuh tahap maksima!

Ok, sekarang aku nak tarik balik kata-kata aku pasal dia macam No Min Woo. Mamat perasan macam tu tak sama dengan No Min Woo. Tak mungkin sama! Dan kesimpulan pada pertemuan pertama aku dengan dia?

Aku benci dia!!

*********************************************************************

Aku memandang hujung jari-jemariku yang berwarna merah. Ya, jariku yang berinai. Jari yang akan disarungkan dengan cincin pertunangan dan cincin perkahwinan. Kami bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan sekali gus. Kata dia, dah lama dia tunggu…tak sanggup nak tunggu lagi. Dahlah nak dapatkan aku susah. Itulah kata dia….

Dan siapa dia yang aku maksudkan? Siapa lagi kalau bukan En. Muhammad Nazril yang aku tinggalkan kat Serai waktu pertemuan pertama dulu! Ya, yang itu lah. Yang perasan, yang angkuh tahap maksima, yang buat aku berapi. Ya, itulah dia!!

Pelik? Itulah kebenarannya. Aku sendiri pun susah nak percaya. Aku akan kahwin dengan orang yang buat aku rasa menyampah sangat. Dulu bukan main lagi aku cakap.."Not in million years!!” Bila dah nak kahwin ni, malu pulak bila difikirkan balik.

Ok, macam mana aku boleh nak kahwin dia sebenarnya? Kitorang tak kena tangkap basah, tau! Kitorang nk kahwin ni, bukan kahwin koboi. Ceritanya begini…..

******************************

Pada suatu malam yang sunyi, mataku baru je nak terkatup bila aku tiba-tiba dapat panggilan daripada ibu.

“Sara, boleh balik kampung tak hujung minggu ni?” Aku dapat mendengar soalan ibu di hujung telingaku.

“Nape, bu? Ada apa-apa ke?” soalku risau.

“Tak ada. Balik, ya!” ujar ibu lagi.

Dan aku pun pulanglah ke kampung hujung minggu tu.

Malam itu ibu dan papa menjelaskan padaku sebab musabab mereka memintaku pulang. Kata ibu, ada orang masuk meminangku.

Aku dipinang? Tiba-tiba je aku rasa macam nak pengsan. Dan yang lagi menggemparkan? Ibu dan papa telah menerima pinangan tu tanpa memberitahuku. Ya, tanpa memberitahu sepatah pun pada aku yang akan jadi pengantin perempuan.

“Nape ibu, papa tak bagitahu Sara? Mana boleh terima macam tu je?” Aku cuba memprotes.

“La, budak tu kan memang boyfriend Sara? Nak tunggu lagi buat apa?” jawab ibu.

Aku hanya terkebil-kebil. Sejak bila aku ada kekasih? Atau…..aku ni sebenarnya ada amnesia dan tak ingat kekasih sendiri? Isy, Irissa Maisara, anda ingat anda tu berlakon drama Korea ke?

“Papa tak suka anak papa bercinta lama-lama. Buat maksiat je. Orang tu dah masuk meminang dan memang ikhlas nak kahwin dengan Sara, papa terimalah,” ujar papa setelah lama mendiamkan diri dan hanya menjadi pendengar perbualan antara aku dan ibu.

“Lagipun, papa berkenan dengan dia. Baik je, hormat orang tua, cakap pun lembut je. Lagi satu, masa dia datang hari tu, papa dah test dia,” sambung papa lagi.

“Test?” soalku.

“Yelah, test sikit sebanyak pasal agama dia. Papa suruh dia jadi imam kat surau. Alhamdulillah, lulus. Orang-orang surau pun sukakan dia.”

Tiba-tiba aku teringat pada kata-kata ibu suatu hari dulu.

“Sara tau, papa cakap kalau ada orang masuk meminang anak perempuan dia, dia akan interview orang tu kat surau.”

Biar betul? Papa betul-betul buat macam tu? Aku ingat papa main-main je.

“Papa sebenarnya tak peduli kalau bakal menantu papa tu kaya ke, handsome ke atau apa-apalah…sebab bagi papa, yang paling penting adalah agama dia. Dia yang akan membimbing Sara untuk jadi isteri yang solehah.” Papa terus menyambung kata-katanya.

Terkedu aku mendengarnya. Terharu pun ada. Aku menatap wajah papa yang tenang. Papa macam betul-betul berkenan dengan ‘bakal suami’ aku. Aduh, macam mana ni? Mamat mana ni yang gatal mengaku jadi kekasih aku ni? Haru…haru…

Dan begitulah berakhirnya perbualan aku dengan ibu dan papa malam itu. Aku langsung tidak sempat nak menjelaskan bahawa aku memang tak ada kekasih, aku tak kenal manusia yang dah meminang aku tu dan yang paling penting…..aku belum bersedia nak kahwin.

Malam itu sukar untuk aku melelapkan mata. Terkebil-kebil aku menatap siling. Rasanya dah 10000 ekor biri-biri aku kira. Siapalah yang cakap kalau tak boleh tidur, kiralah biri-biri. Tak menjadi langsung!

Tengah aku baring-baring, pusing-pusing…sekejap ke kanan, kejap ke kiri, telefon bimbitku berdering. Aku memandang jam dinding sekilas. 3.45 pagi. Gila! Siapa pulak yang call pagi-pagi buta ni? Macamlah tak de siang. Nak juga telefon orang time ni. Isy!!!

“Hello…” Aku menjawab panggilan yang tak dijangka tu dengan penuh perasaan malas.

“Hello, sayang! Do you miss me?”

Apocot! Ni sape pulak yang panggil aku sayang ni? Miss…miss pulak tu. Ewwww, meremang bulu roma.

“Eh, sayang awak tak de kat sini. Pergi telefon orang lain,” jawabku. Agak kasar.

“No, my sayang is there. Takkan tak kenal bakal suami sendiri kot.”

Aku terus terbangun dari pembaringan. Ini mamat yang gatal-gatal masuk meminang aku ke? Yang akan jadi suami aku dalam masa 6 bulan dari sekarang? Bagus jugak dia call. Boleh gak aku sound dia sikit. Tak, aku nak sound dia banyak!

“Ooo, awaklah yang masuk minang saya tu? Awak ni kenapa? Tak kenal, lepas tu suka hati je nak mengaku jadi boyfriend saya? Awak ingat saya ni apa? Perempuan murahan? Yang awak boleh buat main-main macam ni?” Terus aku menyerang dia.

“Awak bukan perempuan murahan. Bagi saya, awaklah yang paling bernilai. Yang akan saya hargai sampai bila-bila.” Tiba-tiba dia menjawab. Serius dan penuh dengan ketegasan.

Aku terdiam. Sungguh! Seumur hidupku, inilah kali pertama aku mendengar seseorang meluahkan kata-kata sedemikian rupa padaku. Inikah yang dinamakan ayat jiwang? Aku meneguk air liur perlahan. Mahu rasa geli dengan kata-kata dia, tetapi kata-kata itu seperti telah menusuk masuk ke dalam hatiku. Ya, menusuk masuk ke dalam sekeping hati milik Irissa Maisara.

“Sara….Sara, are you there?” Dia menyoalku tiba-tiba. Mungkin kerana aku yang memang banyak mulut ni tiba-tiba je jadi pendiam.

Sara? Dia memanggilku Sara? Aku mengerutkan dahi. Sebagai tanda ketidakpuasan hatiku. Aku memang tak suka kalau orang yang tak rapat denganku memanggilku Sara. Inikan pula orang yang langsung aku tak kenal.

“Awak tak…….”

“Ada hak nak panggil saya….Sara,” Dia menyambung kata-kataku. Aku terdiam. Sekali lagi.

“Yes, I know that. You don’t have to remind me. Tapi, awak tahu tak? Selain family awak, sayalah orang yang paling berhak untuk panggil awak Sara. Sebab……saya akan jadi suami awak!” Sambungnya lagi. Kata-katanya diakhiri dengan ketawa kecil.

Eh, dia ni!! Nak ketawa-ketawa pulak. Dahlah suka hati dia je ajuk kata-kata aku. Lepas tu, dengan bahagianya mengaku jadi bakal suami aku. Isy, geramnya!!

“Awak ni sape sebenarnya, hah?” Aku menyoal dia. Agak tinggi nada suaraku.

“Lar, tak ingat ke? Dahlah dia tinggalkan kita tercongok sorang-sorang kat Serai hari tu, lepas tu sampai hati tak ingat kita….”

Serai? Tinggalkan dia kat Serai? Ya Allah!! Dia ni….dia ni Nazril, anak saudara Puan Rubiah tu ke? Yang bukan main lagi cakap, “I don’t like this idea of match-making us.” Yang itu ke? Mestilah dia, kan? Sebab dia sorang je manusia yang aku pernah tinggalkan kat Serai.

“Nazril? Anak saudara Puan Rubiah?” Aku menyoal. Inginkan kepastian.

“Oh, you do remember me? Ingatkan dah tak ingat saya langsung.” Dia ketawa lagi.

Eh, budak ni! Nak main ingat-tak-ingat lah pulak. Siapa boleh lupakan orang macam dia? Orang yang angkuh tahap maksima! Perasan bagus! Tahulah muka dia handsome, tapi tak payahlah nak perasan sangat.

“Ok, ok. I still remember you. Puas hati?” Jawabku, sekadar melayan. Malas nak bertekak dengan dia.

“Puas,” jawabnya pendek.

Aku mengeluh perlahan. Macam mana lah nak layan orang tiga suku macam dia ni?

“So, apa yang awak nak dari saya sebenarnya ni? Apa motif awak hantar rombongan meminang?” Aku menyoal dia.

Kali ini aku mula bersikap serius. Mestilah kan? Ini soal perkahwinan aku, soal masa depan aku. Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal, atau dengan orang yang masuk meminangku dengan tujuan nak balas dendam sebab aku marah dia kat Serai. Kejap, kejap…ada ke manusia yang akan buat macam tu dalam dunia ni? Kahwin sebab dendam? Isy, menakutkan….

“Motif? What do you mean by…..motive?” Dia menyoalku kembali. Dari nada suaranya, aku dapat rasakan bahawa dia turut mula bersikap serius.

“Well, you said it yourself…you hate this whole idea of match-making us. And now, what did you do? Awak dah masuk meminang saya. Parents saya dah terima. Dan kita akan kahwin dalam masa 6 bulan lagi. Apa semua ni, Nazril?” Aku menyoal dia. Meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku.

Nazril hanya mendiamkan diri, tanpa suara. Dari telefon bimbitku, aku hanya dapat mendengar bunyi nafasnya. Lembut dan beralun.

1 saat…

2 saat…

3 saat…

Dia diam.

Aku juga diam. Dan tiba-tiba….

“Awak….awak memang betul-betul tak ingat saya kan, Sara?”

Ada sedikit kekecawaan dalam nada suaranya. Aku terkedu. Apa maksud dia? Apa yang aku patut ingat tentang dia? Atau….aku memang betul-betul menghidap amnesia dan dah lupakan kekasih sendiri? Isy, takkanlah….

“Nazril, apa…”

“Call me Aril. That’s what you used to call me. I call you Sara and you call me Aril. To be more precise, you called me Abang Aril,” ujarnya tegas tanpa sempat aku mengakhiri kata-kataku.

Ok, sekarang aku dah betul-betul keliru. Used to? Sejak bila ada ‘used to’ antara aku dan dia? Aku kan baru je jumpa dia? Dan lagi satu, Abang Aril? Abang? Ewwwww, geli!!

“Awak akan balik ke KL esok kan? Lusa kita jumpa. Kat tempat biasa. I’ll make you remember me back, sayang.”

Kata-katanya lebih kepada satu arahan bagiku. Dan kata-kata akhirnya agak menakutkan. Macam tagline cerita hantu je. Belum sempat aku menjawab atau memprotes, dia terus meletakkan telefon. Aku hanya terkebil-kebil memandang skrin telefon bimbitku. Apa dah jadi ni? Tempat biasa? Aku dan dia ada tempat biasa ke?

****************************

Setelah berhempas-pulas memikirkan tempat biasa kami, maka aku akhirnya berjaya membuat konklusi bahawa tempat biasa yang dimaksudkan dia adalah….tak lain dan tak bukan Serai Empire. Dalam menyampah aku pada dia, dalam benci aku pada dia, tercegat pula aku depan Serai ni. Sesungguhnya, aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Kenapalah aku boleh dengar cakap dia. Dia cakap suruh jumpa dia, aku pun datang. Agak-agak aku ni dah kena minyak pengasih tak? Isy, sejak bila pulak aku percaya benda-benda macam ni!

“Kenapa tak masuk? Awak tunggu saya ke?” Tiba-tiba terdengar satu suara di tepi telingaku. Betul-betul di tepi telingaku.

“Ya Allah!” Aku menjerit kecil. Terkejut. Jantungku seperti mahu terkeluar dari tubuh.

Aku lantas berpaling ke arah tuan empunya suara tadi. Yang jelas di sebelahku hanyalah kemeja berwarna hitam. Sekarang, baru aku sedar bahawa aku hanya setakat bahu dia. Rendahnya aku!

Aku cepat-cepat mendongakkan kepala. Dan itu sememangnya perhitungan dan tindakan yang salah. Sebab dia rupa-rupanya sedang memandangku. Kedudukan dia pula amat dekat padaku. Mataku terus tertancap pada wajahnya, pada matanya yang cantik, pada hidungnya yang mancung dan pada bibirnya yang merah tanda tidak merokok. Dia turut merenungku tajam, dengan satu pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

“Astaghfirullahalazim….” Bisik hatiku, lantas aku cepat-cepat bergerak ke belakang.

Menjauhkan diri darinya. Dia turut menjarakkan diri dariku.

“I like seeing you blushing. Cute.” Dia tiba-tiba berkata-kata.

Aku tidak menjawab. Hanya menjeling tajam ke arahnya. Sebenarnya, aku tidak mampu berkata-kata. Jantungku berdegup kencang. Terlalu kencang. Irissa Maisara, apa dah jadi dengan awak ni?

“Jom masuk,” sambungnya lagi sambil menarik pergelangan tanganku.

Aku terpegun. Eh, dia ni! Suka hati dia je tarik aku macam ni. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang, berlapiklah kiranya. Kalau tak, tak pasal-pasal pulak aku buat dosa sebab bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

“Awak tak perlu nak tarik saya macam ni. Saya boleh jalan sendiri,” ujarku sambil menarik kembali tanganku.

Dia hanya tersenyum. Senyumannya kali ini kelihatan manis. Aik, kenapa pulak aku boleh fikir macam ni? Aku dah angau dengan dia ke apa?

“So what do you want? Nasi dengan tomyam?” soalnya padaku setelah kami masing-masing mengambil tempat duduk.

Aku tidak menjawab. Hanya memandangnya. Macam mana dia tahu aku sukakan tomyam? Atau dia ni sebenarnya betul-betul kekasihku yang dah dilupakan? Oh, tidak! Tidak! Aku bukan watak dalam drama Korea.

“Sara, kenapa diam ni? Are you okay?” Soalnya lagi. Tangan kanannya diangkat, mahu menyentuh dahiku tetapi dia menghentikan perbuatannya betul-betul di depan mataku.

“Sorry,” ujarnya perlahan sambil menjatuhkan tangannya.

Aku kira dia sedar bahawa dia tidak boleh menyentuhku, walaupun sekadar untuk menentukan sama ada aku sihat atau pun tidak. Tanpa sedar, aku tersenyum. Entahlah, tiba-tiba aku rasa dihargai. Sweet pulak si Nazril ni. Angin apa yang dah masuk dalam dia ni?

“I’m okay.” Ringkas aku jawab pertanyaannya.

So, tom yam?” Dia menyoalku lagi. Aku mengangguk perlahan.

Dia memanggil waitress yang berdekatan dan memesan makanan. Aku memerhatikan segala gerak-gerinya. Keningnya yang sedikit terangkat apabila bercakap. Pandangannya yang lembut tatkala berbicara. Lesung pipit yang jelas kelihatan setiap kali dia menuturkan kata-kata. Memang tidak dapat aku nafikan bahawa Nazril memang kacak orangnya. Kejap, apa yang aku buat ni? Aku cepat-cepat melarikan pandanganku.

“Handsome? Dah jatuh cinta pada saya?” Tiba-tiba dia menyoalku.

“What?” Aku menyoalnya kembali.

“Dari tadi awak tengok muka saya. So, how? Handsome? Dah boleh jadi husband awk?” Dia mengajukan beberapa soalan sekali gus sambil tersenyum nakal.

Pipiku terasa panas. Alamak! Dia perasan ke? Isy, malunya. Mana nak letak muka ni? Kalaulah aku ada cangkerang macam kura-kura, dah lama aku masukkan kepalaku. Lepas tu terus tak keluar-keluar kot. Bertapa je dalam tu.

“Sape tengok muka awak? Saya tengok rambut awak. Terpacak je, awak guna gel rambut apa ye?” jawabku selamba, cuba menutup perasaan maluku. Ketawanya meledak.

“Awak ni kan…..awak memang kelakar,” ujarnya diselangi ketawa. Aku turut tertawa.

Tanpa dapat ditegah, kebahagian mula menjalar masuk ke dalam hatiku. Aku senang mendengar ketawanya. Aku senang melihat dia ketawa. Aduh, adakah aku sudah jatuh cinta padanya? Mana pergi perasaan menyampah dan benci aku pada dia sewaktu pertemuan pertama kami dulu?

“Awak tahu tak, saya suka tengok awak ketawa macam ni. Macam waktu dulu.” Tiba-tiba dia bersuara. Ada nada serius dalam kata-katanya. Ketawaku terus terhenti.

Ini yang aku tak suka ni. Mulalah tu nak ungkit pasal aku tak ingat dia, tapi dia ingat aku. Dahlah cakap serius, buat aku rasa bersalah je. Isy, tak sukalah rasa bersalah macam ni!

“Cara awak cakap ni, macamlah kita dah kenal lama. Ini kan baru kali kedua kita jumpa.” Aku menjawab.

Namun dalam hatiku, aku sendiri tidak pasti sama ada aku benar-benar baru bertemu dengannya. Mungkinkah aku pernah mengenali dia sebelum ini? Tidak! Aku pasti aku belum pernah mengenali dia sebelum diperkenalkan oleh Puan Rubiah. Tapi….tapi, kenapa dia? Ok, sekarang aku sangat keliru!

“Awak…..awak memang tak ingat saya kan, Sara?” Suara dia tersekat-sekat, penuh dengan emosi.

“It’s not your fault, actually. I should have known that it was impossible for you to remember me. It was long time ago, and you were so small,” sambungnya lagi.

Dia menutup matanya perlahan-lahan. Seolah-olah cuba untuk menutup kekecewaannya. Aku hanya memandangnya tanpa sebarang kata. Melihat dia begitu, aku jadi kelu. Perasaan bersalah yang dari tadi cuba aku usir mula kembali bersarang. Kenapa dia boleh memberikan impak begini pada aku?

“Tapi, entahlah. Saya tetap berharap awak akan ingat saya. Akan ada secebis kenangan kita yang awak simpan. Kenangan 18 tahun lalu.” Dia menyambung kata-katanya lagi sambil membuka matanya kembali.

Aku terkebil-kebil. Aku salah dengar ke? 18 tahun? Maksud dia masa aku kenal dia, aku baru je 7 tahun? Patutlah aku tak ingat dia. Dia ni pun satulah, takkan dia memang berharap aku boleh ingat semua benda yang jadi pada aku masa aku budak-budak dulu. Tak ada logika langsung!

“So, the whole thing between us was….18 years ago?” Aku akhirnya bersuara. Dia mengganguk dan tersenyum lemah. Cuba menutup kekecewaannya mungkin.

“Gila kan? Saya harap awak akan ingat saya, sedangkan masa tu awak cuma 7 tahun je,” jawabnya.

Ya, memang gila! Ingin saja aku menjawab begitu. Tapi, aku tak adalah tak berperasaan macam tu sekali. Sebab jelas di mataku kekecewaan yang Nazril rasakan bila aku langsung tak mengingati dia.

Aku mengeluh perlahan. Rasanya ini masa untuk aku cuba pujuk dia atau sekurang-kurangnya buat dia rasa lebih elok. Tapi, aku memang lemah bab-bab pujuk-memujuk ni. Mana aku reti! Buat orang merajuk dengan aku retilah. Aduh, macam mana ni?

“Ok, takpe. Like I said before, today I’m going to make you remember me.” Tiba-tiba dia bersuara sambil tersenyum. Sejurus kemudian, dia menyenyit mata ke arahku.

Aku terkebil-kebil lagi. Dapat aku rasakan mulutku membentuk huruf ‘O’. Mana pergi lelaki yang sedih tadi? Yang konon-kononnya kecewa teramat sangat? Sekarang, dia siap kenyit-kenyit mata dengan aku pulak tu. Dia ni betul ke tak? Siuman ke tak ni?

Dengan itu, bermulalah sesi merawat otakku yang tak ingat akan seorang manusia bernama Muhammad Nazril. Dia menceritakan saat-saat perkenalan kami berdua. Kata dia, aku pernah berjiran dengan dia. Waktu itu, aku berumur 7 tahun dan dia pula berumur 12 tahun. Patutlah dia boleh ingat semua tu! Dia kira dah besar masa tu. Dah muda remaja.

Tapi, kejap!! Kalau dia betul-betul kenal aku masa aku budak-budak dulu, bukankah itu bermaksud ibu dan papa pun kenal dia?

“Chupp!! Kalau kita pernah berjiran dulu, parents saya kenal awak lah kan? Kenapa diorang tak bagitahu saya pun masa kat kampung?” Aku menyoalnya.

Dia tersenyum nakal. Aku memandang dia dengan penuh syak wasangka. Ni mesti dia ada plan apa-apa dengan ibu dan papa!

“I asked them not to say anything. Nak buat surprise untuk bakal isteri kesayangan saya ni,” jawabnya selamba.

Aku mengerutkan dahi, tanda tidak puas hati. Dia ni kan, memang tak habis-habis dengan perangai tak betul dia!

“Ok. Surprise yang menjadi,” ujarku, sekadar berbasi-basi. Malas melayan dia sebenarnya.

Dia kembali menyambung ceritanya. Kata dia, aku suka panjat pokok waktu kecil dulu. Lepas tu tak tahu nak turun sendiri. Dan tak pasal-pasal Abang Aril yang kena pergi tolong. Aku tersenyum. Nakalnya aku!

“Awak ada tahi lalat kecil kat belakang leher, kan?” Dia menyoalku tiba-tiba.

“Kenapa tanya?” Aku menyoalnya kembali.

“Sebab saya nak buktikan pada awak yang awak betul-betul Sara yang saya kenal dulu,” jawabnya penuh dengan keyakinan.

Aku hanya memandangnya. Kalau ya pun nak buktikan yang dia betul-betul kenal aku, tak perlu kot nak detail sangat sampai nak bagitahu kat mana tahi lalat aku. Perlu ke? Tak, kan?

“Dulu awak suka ikat rambut style pony tail. That’s why I know,” sambungnya lagi.

Aku hanya menganggukkan kepala, mendengar cerita dia. Seronok jugak dengar cerita zaman kanak-kanak aku dulu. Rasa macam jadi budak-budak balik.

Dia terus bercerita. Kata dia, setiap kali dia pulang dari latihan bola sepak di sekolah, dia akan mengetuk pintu rumahku. Untuk apa? Semata-mata untuk kacau aku! Dia suka tarik rambutku. Aku cuba membayangkan budak berumur 12 tahun tarik rambut budak berumur 7 tahun. Macam tak betul je. 12 tahun tu bukan ke dah besar panjang?

“Saya pun tak tahu kenapa saya suka buat macam tu. Maybe sebab awak comel sangat. Suka tengok awak jerit ‘Abang Aril jahat!!’. You were…you were just too cute.” Dia tersenyum sambil bercerita.

Dia nampak gembira bila menceritakan kenangan antara kami berdua. Tanpa sedar, aku turut tersenyum.

“Sampailah satu hari tu, awak datang pada saya…menangis. You didn’t even say anything, no matter how much I tried to console you. And the next day, you were gone. You were gone for 18 years,” ujarnya.

Aku dapat mengesan nada kesedihan pada suaranya. Dan aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku tidak ingat semua tu. Macam mana aku nak cakap apa-apa?

“And in these 18 years, I could never stop remembering your sad face, your last look when you walked away from me. Huh, gila kan? Gila sangat-sangat!” Sambungnya lagi sambil ketawa kecil, ketawa yang penuh dengan kepura-puraan. Aku sedar dia sebenarnya sedang mentertawakan dirinya.

“I was just twelve and you were only seven. What was I thinking? Kenapa saya langsung tak dapat lupakan budak perempuan dengan rambut tocang tu?” soalnya, lebih ke arah menyoal dirinya sendiri. Penuh emosi.

Aku terus mendiamkan diri. Rasanya inilah pertama kali dalam seumur hidupku, aku yang selama ini banyak cakap boleh mendiamkan diri lebih dari 10 minit. Tapi dalam situasi sekarang, lebih selamat rasanya kalau aku jadi pendiam.

“Without even realize it, I grew up with your shadow, Sara. Saya tak nak! Tapi saya tak dapat halang diri saya dari terus mencari awak, saya mencari awak di kalangan orang-orang yang muncul dalam hidup saya. Saya….saya menjadi seorang pencari dan penanti. Mencari dan menanti Irissa Maisara, budak perempuan yang berumur 7 tahun. It was just….crazy!!” Nazril menyambung kata-katanya sambil mengenggam erat tangannya. Wajahnya kelihatan tegang.

Entah kenapa, hatiku terasa pedih melihat keadaan dia. Dia kelihatan terseksa. Selama ini aku tak pernah sedar bahawa di suatu sudut dunia ini, ada orang yang tengah mencariku, menghulurkan tangan dan menanti aku untuk menyambut tangan itu. Aku dapat merasakan air jernih mula bertakung di tubir mataku. Aku mengelipkan mata berkali-kali, cuba menghalang air mataku dari gugur. Malunya kalau aku tiba-tiba menangis depan dia!

“At first, I thought it was just a brother’s love. After all, I did see you as a sister whom I care and wanted to protect forever. But as I grew up, I knew that the feeling that I have for you was no longer a brother’s love. It became more than that. And it scared me…” tuturnya, tanpa sekilas pun melarikan pandangan dari wajahku.

Aku meneguk air liur. Cuba untuk mentafsirkan kata-katanya ke dalam otakku yang masih sedang berusaha keras untuk mengingati dia. Dia cintakan aku! Ya, dia cintakan aku sejak 18 tahun lepas. Dan aku pula langsung tak ingat dia. Kejamnya aku!

“It scared me knowing that I’ve fell for a 7-year old girl. No, I fell for Irissa Maisara when she became 10, 15, 18 and….25,” ujarnya lagi sambil merenungku lembut.

“Walaupun dia tak ada pun depan mata saya. Walaupun saya tak tahu sama ada saya akan jumpa dia lagi atau pun tak. So bila saya dapat tahu ada Irissa Maisara yang kerja dengan Aunty Ruby, I knew it was you. And I was so happy to finally find you,” Dia menyambung tutur katanya.

“Waktu kat sini hari tu, saya sengaja cakap macam tu. Perasan bagus, kan? Sebab saya nak tengok Sara saya sekarang sama macam Sara saya dulu tak. You were not that different from the 7-year old Sara that I once knew. Mudah melatah bila kena usik, comel je…” sambungnya lagi sambil tersenyum.

Aku memandang wajahnya tanpa kata. Aku terharu. Sungguh! Dan tanpa sedar, air mata yang cuba kutahan dari tadi mengalir perlahan dari mataku. Dia kelihatan menggelabah. Menggelabah sebab dah buat aku menangislah tu!

“Sara, please don’t cry. It hurts me seeing you like this,” pujuknya.

Bila dipujuk begitu, lagi kuatlah aku menangis. Aku cuba menahan, tapi mataku seperti hilang fungsi mendengar cakap otak. Laju je air mata aku turun. Macam air terjun.

“Saya…saya…minta maaf..sangat..sangat.” Aku cuba bercakap dalam esakanku.

“Saya…saya…patut…ingat awak.” Tersekat-sekat suara yang keluar dari mulutku. Sejak bila aku jadi gagap ni?

“Hey, it’s okay sayang. Awak kecik sangat masa tu. I remember you, that’s enough for me.”

“But, because you remember me…..you were…you were in pain for….18 years.” Aku memotong cakapnya. Saat itu, dapat aku lihat setitik air matanya jatuh ke pipi.

“It was a beautiful pain, sayang. The pain that made me fell for you. Saya tak kisah kalau awak tak sayangkan saya, cukuplah saya sayangkan awak….” Ujarnya lembut.

Tatkala mendengar kata-katanya itu, air mataku bertambah laju mengalir. Dia buat aku tambah terharu! Kenapalah dia suka sangat buat aku terharu macam ni? Sekarang tak pasal-pasal aku jadi macam perempuan manja yang suka menangis.

Petang itu, aku pulang ke rumah dengan mata yang bengkak. Sungguh aku tak sangka akan ada lelaki yang buat aku menangis macam tu sekali. Dan tangisan itu bukanlah tangisan duka. Ia lebih kepada tangisan gembira dan tangisan bersalah, mungkin. Aku rasa bersalah kerana aku tidak ingat dia. Tapi, bila difikirkan balik, aku tahu ada satu sudut dalam hatiku yang sentiasa ingat dia. Sebab dari dulu, aku sentiasa sukakan nama Nazril. Kini aku mengerti kenapa.

Cuma sekarang aku perlu menebus kembali segala kenanganku yang hilang. Akan aku cipta memori baru dengan dia. Kisah aku dan dia yang terhenti waktu aku berumur 7 tahun akan aku sambung kembali. Itulah tekad aku! Dan kesimpulan pada pertemuan kedua aku dengan dia?

Aku cinta dia!!!

********************************************************************

Dia mengambil tanganku ke genggaman tangannya. Lembut dan penuh hati-hati. Dia seperti cuba melindungiku menyebabkan aku sedikit tersenyum. Aku hanya memandang jari manisku disarungkan cincin. Setelah selesai, aku mengambil tangannya, menyalami dan menciumnya lembut. Dia kemudiannya mengangkat daguku sedikit sebelum mengucup dahiku lembut.

Aku menutup mataku perlahan, dan aku dapat rasakan setitis air mata yang mengalir atas kedua pipiku. Aku rasa terlalu syahdu. Entahlah, selepas aku mengenali dia, aku jadi lebih mudah menangis. Ke mana perginya Irissa Maisara yang macam tak berperasaan dulu, aku pun tak pasti.

“After 18 years, you are finally mine, Sara. And I’m yours. All yours….” Bisiknya padaku sambil menyapu air mata di pipiku.

Dan di depan semua sanak saudara dan sahabat handaiku, dia menciumku lagi. Di kedua-dua belah pipiku. Mataku terus terbuka luas.

“Aril!!! Depan orang….” Kata-kataku terhenti tatkala melihat wajah nakalnya. Aku lantas menunduk dan menutup kedua pipiku dengan tangan. Malu!

Dari sekelilingku, dapat aku dengar dengan jelas bunyi ketawa. Ketawa mengusik. Aku mendongakkan kepala, memandang dia yang tersenyum nakal dan dengan relanya, aku menghadiahkan senyuman paling manis buat suamiku, Muhammad Nazril.

P/S: Hopefully you enjoyed my work as much as I enjoyed writing it. Thank you! =)

47 comments:

  1. bestnye cerpen nie sarah....
    pas nie tulis cerpen byk2 k..
    x sabar nak bace lagi =)

    ReplyDelete
  2. thx, farah!!!
    insya' Allah pasni tulis lg, semangat tgh berkobar-kobar ni...hehe

    ReplyDelete
  3. mmg best la sara...niesa bace sambil makan sambil xabis2 nasik ni kusyuk membaca....buat la cerita2 macam ni lagi yer..boleh jadi novelis 1day nnt.

    ReplyDelete
  4. thx, niesa!! itulah berangan jugak ni, hopefully bkn angan2 mat jenin lar...hehe

    ReplyDelete
  5. sooooooooooooo dramatic...hahaha...
    best la cte nh... :)

    ReplyDelete
  6. hi there! just bumped into ur blog, and i fell in love with it... keep it up yah!! cerpen awk sgt cantik, sweet dan comel!

    ReplyDelete
  7. comel laa cerpen ni. pernah masuk p2u ke? xperasan pulak. teruskan menulis. saya suka cara penulisan awak. :)

    ReplyDelete
  8. nurafiqah airil: a'ah, pernah masuk. my very first cerpen. btw, thx..hehe..=)

    ReplyDelete
  9. 1st cerpen yg bombastik! suka22.. =)

    ReplyDelete
  10. beznya!!!
    senyum meleret-leret bca crpen ney...
    sya ska cra penulisan awk... tingktkn usha utk cerpen akn dtg.. bez2! :)

    ReplyDelete
  11. @tulip kayma: thnks so much!! hehe

    ReplyDelete
  12. best..best..huhu..saya pun takmo jadi andartu..berangan nak jadi sara bleh?haha

    ReplyDelete
  13. Aslam sara best laa semua novel n cerpen sara teruskan menulisa yaa

    ReplyDelete
  14. sara, sara do you have a little mole in back of your neck? heheheh klakar lah sara ni...buat akak tak kering gusi jadi nye...keep it up. ur' one of akak's favorite 'blog-artist'...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, dear. haha! klu ad lelaki tiba2 tanya mcm tu, mmg lari x cukup tanah. malu wooo...haha

      Delete
  15. best.............

    ReplyDelete
  16. Bestnya kak sara.part sedih tu sy jd btl2 sedihh..sonok la btl2 menyentuh perasaan

    ReplyDelete
  17. Bestnya kak sara.part sedih tu sy jd btl2 sedihh..sonok la btl2 menyentuh perasaan

    ReplyDelete
  18. saya baru baca.... hehehe. sweet

    ReplyDelete
  19. sweet.. i like this as much as u like to write this.. hehhe

    ReplyDelete
  20. maap tanpa izin sy share crita awak di blog sy.. sorry again !

    ReplyDelete
  21. Best critenie .. Tp 1 sy x fhm . Yg nazril kenal Irissa tu masas 18 thunj lepas ke 74 thun ? Klau 74 thun.. Mknanya skrg diorg dh tua la ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no...dia kenal masa umur 7 tahun. skrg sara tu umurnya 25 thn. so it was 18 years ago, yng diorang kenal...

      Delete
  22. waaa so sweet laa :D sayaaa suka haha mcm no min woo wo hensem tuh :*

    ReplyDelete
  23. haha baru je jatuh cinta ngan tulisan awak....

    ReplyDelete
  24. sebenarnya baru lepas baca JIMK. kat belakang ada tulis pasal cerpen ini...looking fot it y'know kat p2u...cari-punya-cari-punya-cari~ penat, satu pun tak ada.dah hilang kot. nasib baik saya teringat blog ni, glad that u didn't remove this yet. well tq... :)

    ReplyDelete
  25. nice story :-)
    but it was ’mahram’ not ’muhrim’
    mahram org yg kita blh kahwin.
    muhrim org yg pergi haji.

    take note yea.
    sukaaa karya awak hehe

    ReplyDelete
  26. Release tension dgn sugar overdosed haha thumbs up!
    -hanna anne-

    ReplyDelete
  27. syokk beb!!-iezahtakuya

    ReplyDelete
  28. best cerpen you..
    saya memang suka baca cerpen dari dulu..tapi dah tinggal lama dah..
    bila i baca cerpen you,,..teringat zaman masa i suka baca cerpen2 dahulu..
    thumbs up!...best cerpen you..nanti jangan berenti menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih. dah lama tak tulis cerpen. hihi

      Delete