May 25, 2011

Coming soon...Jodoh itu Milik Kita

Sekarang saya dalam proses untuk menghasilkan novel pertama saya. Novel ini bukan jenis yang slumber, comey2 cam cerpen 'Kisah Aku dan Dia'. Saya nak try genre yang berbeza pulak. Genre yang agak serius dan romantik mungkin. Dan novel ini saya beri tajuk 'Jodoh itu Milik Kita'.

Nak tau cam ne ceritanye?? Jom tengok sinopsis!!

Sinopsis Jodoh itu Milik Kita:


Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia

16 comments:

  1. wawawawa...saya support anda... smoga success :)

    ReplyDelete
  2. I m indian girl. i like ur novel Jodoh bukan di tangan kita. Where can i get the full bab of novel....tq vey nice story

    ReplyDelete
  3. oh, i'm sorry trisha. there's no full bab of the novel. i'm still writing it at the moment. and i will upload bab by bab into this blog. and so far, i'm writing bab 5.

    btw, thank you so much for liking my story, really appreciate it. never thought a non-malay would love it...=)

    ReplyDelete
  4. Boleh tak gi tau bila bab 5 siap? kalau boleh upload lah kat email sya? malina43@yahoo.com lagi satu nama betol website ni apa ye.......... susah nak ingat

    ReplyDelete
  5. now we one malaysia what.... i also saw malay filem and drama. if something think is value and good i will support. dont care about race indian or malay?

    ReplyDelete
  6. yup, so true!! nvr care about race. after all, we are the same, all human being. i also watch chinese/indian movies, but not novels caused i can't understand the language..hehe=)

    ReplyDelete
  7. keep trying ok... ada facebook tak?

    ReplyDelete
  8. bab 5 bila nak kuar yer?? xsabar nk baca

    ReplyDelete
  9. hye sara..sukenye saye baca novel awak..tapi kecewa cket tgu lame..bile full story nk kuar..xsabar nak beli novel ney buat koleksi novel terbaik..

    ReplyDelete
  10. hai sara....saya suke sinopsis novel ini..can't wait for full version

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH SARA....dah pun baca buku ni...mmg best sangat (kalau blh digredkan saya bagi 4/5 stars) ...suggested for those who loves to read novel dont forget to read this book...watak Dahlia & Aariz seperti hadir dan meresap didalam diri pembaca...

    ReplyDelete