May 27, 2011

[Cerpen] BFF?? Best friend, ok! Not Boyfriend...


“Yah!!!”

Apocot! Terkejutnya aku. Budak seorang ni kan, memang tak habis-habis dengan perangai dia yang suka ‘Yah!!!’ kat orang.

“Woi, aku tahulah kau suka tengok citer Korea, tak payah lah nak ‘Yah!!!!’ kat orang!!” Aku menghamburkan kata-kata amarah pada Damia.

Damia hanya tersengih. Macam kerang busuk aku tengok. Dahlah gigi tu tak berapa putih. Agaknya minah ni dah lama tak gosok gigi kot. Haha, jahatnya aku fikir macam tu pasal kawan aku sendiri!

“Dah, dah…tak payah nak sengih-sengih kat sini. Kau tahu tak dah berapa lama aku tunggu kat sini? Cakap nak jumpa kul 5. Now ni dah pukul 5.30, tau???” Aku menyerang dia lagi. Meluahkan perasaan tak puas hati sebab dia dah buat aku tercongok tunggu dia kat sini macam patung.

“Ala, Alya….setengah jam je. Aku ada emergency tadi….” Pujuk Damia sambil menggoyang tanganku.

Isy, budak ni! Goyang-goyang tangan aku pulak. Budget comel lah bila buat macam tu. Tak comel kot!!!

“Emergency apa? Boss kau nak jumpa kau ke?” soalku jua dalam geram-geram aku pada dia.

“Tak lar. Kalau dia nak jumpa aku, alamatnya sampai sekarang aku tak turun lagi, tau.”

“Habis tu?” Soalku lagi penuh perasaan ingin tahu.

“Hehe…nature’s call.” Jawab Damia selamba dengan muka tak bersalah dia. Sabar jelah aku dengan perangai ‘bangang’ dia.

“So, jomlah. Tunggu ape lagi? Dahlah kena naik bas hari ni. Geram aku! Napelah Mini Cooper aku boleh wat hal hari ni….” Bebelku sambil menarik tangan Damia.

Tangan Damia aku pegang erat. Minah ni kalau aku tak jaga dia, mahunya dia jatuh dalam longkang kat sebelah. Dah faham sangat aku dengan perangai cemerkap dia tu.

“Eleh, Mini Cooper….lah sangat!!!! Mini Cooper……Kelisa!!” Damia mengejekku sambil ketawa nakal.

Aku mengetuk kepalanya. Main-main je. Takkan nak ketuk betul-betul kan? Nanti Damia yang sedia maklum ‘bangang’ tambah ‘bangang’ pulak jadinya. Daripada nak jatuh dalam longkang, terus dia berenang-renang dengan bahagia kat dalam tu.

“Suka hati akulah nak panggil my baby ape. Kelisa tu macam Mini Cooper ape???” Jawabku dengan muka tak puas hati.

“Yelah, yelah…Cik Alya sayang. Mini Cooper, okay?” Ujar Damia pula sambil memeluk tanganku.

Nak pujuk akulah tu. Tau takut aku merajuk! Kalau aku wat muncung panjang aku yang famous tu, menangis dia nak pujuk aku. Bagi ais krim pun aku takkan layan. Tapi kalau Baskin Robbins naklah. Gila tak mau? Baskin Robbins tu!!!

“So, how is he?” Tiba-tiba Damia menyoalku. Aku menoleh.

“He? Sape?” soalku, tanda tidak mengerti.

“Sape lagi kalau bukan Encik Danish Aniq kesayangan kau tu??” Jawab Damia sambil mengenyit mata padaku.

Aku memandang muka selamba dia. Mulalah tu. Nak start gosip dia pasal aku dengan bestfriend aku, Danish. Kadang-kadang geram jugak aku dengan kawan aku seorang ni. Tak habis-habis nak jadi match maker antara aku dengan Danish.

“Oh, Danish!!! Dia okay, sihat walafiat. Aku nak gi date dengan dia weekend ni.” Aku memberikan jawapan yang aku kira akan membuatkan Damia excited terlebih.

“Ye ke? Betul ke?” Kali ini Damia mula memegang kedua lenganku.

Tengok? Kan dah cakap dia mesti terlebih excited punyalah. Memang betul-betul ada ciri-ciri matchmaker yang berdedikasi.

“Tak betul.” Jawabku selamba. Sengaja mahu mengusik dia. Damia apa lagi? Tarik muka masamlah!

“Betul lah. Danish ajak aku keluar. Saje nak jumpa, sebab lama tak jumpa. Tu cakap dialah. Sebab seingat aku, baru 2 hari lepas aku jumpa dia.” Jawabku membetulkan statement tipu menyakat aku tadi.

Teringat pula aku pada Danish. Mamat seorang ni pun samalah dengan Damia. Sama-sama tak betul! Bila aku cakap…baru jumpa dia, buat apa nak jumpa lagi? Tahu apa dia jawab?

“Ala, Alya…2 hari tu bagi saya macam 200 tahun, tau. Perasan rindu saya pada awak dah tak dapat dibendung lagi.”

Hah, itulah jawapan selamba tahap gaban dia! Dan aku? Mestilah naik geli. Macam ada cacing merayap kat badan aku ni. Geli kot!!!!

“Ehem, ehem…takkan tak perasan hint dia kot?? Dia saje nak jumpa kaulah tu….” Ujar Damia di sebelahku, lantas mematikan ingatanku pada Danish.

Aku memandang wajah sengih kerang busuk dia. Aku menyiku dia.

“Hint apa bendanya? Tak payah nak jadi ‘Melodi’ kat sini. Suka hati je nak ‘Terjah’. Kerja tu kerja exclusive Abang Nas Ahmad. Awak…Cik Damia, tolong jangan rampas kerja dia, ok!”

Damia ketawa, menampakkan gigi tak berapa putih dia. Aku turut tertawa. Sejujurnya, aku senang dengan Damia, rakan sekerja berlainan department merangkap housemate aku. Walaupun best friend aku adalah Danish, tapi di tempat kerjaku Damia lah yang paling rapat. Mungkin sebab hanya dia seorang saja yang seumur denganku. Rakan sekerja lain yang kat department aku tu? Kakak-kakak dengan mak cik-mak cik. So, nak borak apa dengan diorang? Pasal husband? Pasal anak? Excuse me, aku tak kahwin lagi ok!!

*****************************

Seperti yang aku maklumkan pada Damia, hari ‘date’ aku dengan Danish akhirnya tiba. Maka, tercongoklah aku menunggu dia di rumah. Sebab dia nak datang ambil aku. Kata Danish, inilah layanan istimewa dia lepas tak jumpa aku selama dua hari. Itu ayat jiwang dialah! Padahal aku yang tak dapat drive pergi tempat biasa kami.

Yelah, ‘Mini Cooper’ aku kan kat bengkel. Apa benda yang tak kena aku pun tak tahu. Jangan pula aku kena ‘tapau’ nanti. Benda yang tak rosak, dikhabarkan rosak, and then tak pasal-pasal pulak aku bayar lebih. Tapi kan, time-time macam nilah aku sangat menghargai seorang Danish Aniq. Tak lain dan tak bukan sebab dia bolehlah tolong aku deal dengan bengkel tu nanti. Itulah guna seorang lelaki, kan? Haha!!

Sedang aku duduk-duduk, baring-baring tunggu Danish, telefonku berdering.

“Turun dalam masa 2 minit. Kalau tak, saya tinggal…” Suara Danish kedengaran di telingaku.

Dan kemudian…klik! Dia letakkan telefon!! Berani dia hang up macam tu je!!

Geramnya aku! Suka hati dia je nak arahkan aku macam tu. Lepas tu siap ugut nak tinggal aku pula tu. Ni sape nak jumpa sape ni? Bukan dia ke yang nak jumpa aku? Musykil aku!

Dalam geram-geram aku pada dia, bergegas jugak aku turun. Nasib baik tak jatuh tangga. Kalau tak, siap Danish aku kerjakan!!

Dari jauh Danish kelihatan bersandar pada kereta MyVi biru dia. Sambil itu dia melihat jam di tangannya.

“5…4…3..cepat Alya, cepat!!! Kalau tak, saya tinggal!!”

Oh, tengok jam sebab nak tengok aku dapat sampai dalam masa 2 minit ke tak rupanya. Hampeh punya Danish!

“Awak ni…kan!!! Memang…memang….” Aku cuba bersuara dalam keadaan mengahku. Inilah jadinya kalau turun tangga laju macam tadi. Macam dah hilang nafas!!

“Sabar, sabar Alya. Tarik nafas dalam-dalam. Take a deep breath. Macam ni…” Ujar Danish dengan gesture menarik nafas dan menghembus nafas yang over. Dia ni tengah berlagak nak jadi Cikgu PJ ke apa?

“Nak sabar apanya?? Awaklah punye pasal!!!” Bentakku tanda tidak puas hati.

“La, yang awak ikut sangat cakap saya tu kenape? Takkanlah saya nak tinggalkan BFF saya ni? Tanpa awak, siapalah saya. Cuma Danish Aniq yang serba tak lengkap.” Jawab Danish dengan pandangan nakalnya beserta loyar buruknya.

Aku mencebik. Ada pulak orang yang nak kena hempuk lepas ni! Danish ni memang tak habis-habis dengan perangai tak betul dia. Umur dah 27 tahun, tapi pemikiran macam budak darjah 1. Entah-entah budak darjah 1 pun lagi matured dari dia.

“So, nak pergi mana ni?” Soalku pada Danish setelah selamat aku melabuhkan punggung di atas kerusi empuk dalam MyVi dia. Empuk ke? Empuklah…sikit-sikit.

“Saya nak beli kemeja baru. Teman saya, ek.” Jawab Danish sambil matanya sedikit melirik padaku.

“Ala, nak beli baju baru je ke? Ingatkan apalah. Nak beli baju sehelai pun nak saya temankan ke?” Soalku sedikit hairan.

Sejak dua tiga menjak ni, Danish seperti seringkali mengadakan alasan untuk bertemu denganku. Tempoh hari, dia mahu menemuiku semata-mata sebab kucing dia ada komplikasi masa nak bersalin. Itulah yang aku pelik bin ajaib. Aku ni bukannya doktor haiwan ke apa. Bukannya aku boleh buat apa pun. Last-last, bawa pergi klinik jugak!

Kalau tak difikirkan yang Danish adalah BFF aku, best friend forever ok! Not boyfriend…mahu aje aku fikir yang dia sebenarnya cuba mengorat aku. Yelah, datang jumpa aku atas sebab-sebab yang tak masuk akal. Call aku tu jangan cakaplah. Nak dekat 5 kali kot dalam sehari. Ke 10 kali? Sampai aku pun naik jelak. Yelah, sikit-sikit call, sikit-sikit call, dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Jawab call dia jelah kerja aku?

“Aik, bunyi macam tak sudi je. Yelah, siapalah saya, kan? BFF awak je. Tak de significance pun dalam hidup awak tu.” Jauh bunyi nada suara dia.

Aku menoleh pada dia yang sedang memandu. Danish merajuk ke? Alahai, buruknya rupa orang tua merajuk.

“Takdelah. Cuma, saya ingatkan ada hal penting. Beriya-iya sangat awak nak jumpa saya.” Aku menjawab soalan dia setulusnya.

Tanpa disangka-sangka Danish tiba-tiba membelok ke kiri dan menghentikan kereta di tepi jalan. Dia berpaling lalu menghadapku. Wajahnya kelihatan tegang. Ni apa pulak yang jadi ni? Aku ada salah cakap ke?

“So, saya boleh jumpa awak if ada hal penting ajelah? Macam tu??” Keras suara Danish. Matanya tajam merenung aku.

Aku hanya terkebil-kebil. Mamat ni kenapa pulak emo semacam ni? Takde angin, takde ribut nak marah-marah aku pulak?

“Taklah. Bukan macam tu maksud saya. What I meant just now was…hmmm….” Aku cuba mengorek fikiranku. Manalah tahu dapat idea apa-apa nak jawab soalan dia. Danish merenungku lagi, menanti jawapan mungkin.

“Awak selalunya tak macam ni. Lately, awak asyik nak jumpa saya je. Itu yang saya fikir maybe ada something important yang buat awak nak sangat jumpa saya hari ni.” Sambungku akhirnya. Lembut suaraku menuturkan kata-kata.

Sebenarnya bukan aku nak sangat berlembut-lembut dengan dia. Tapi itu disebabkan aku sangatlah arif dengan perangai tak stabil dia yang bila-bila saja boleh berubah. Sekejap elok, sekejap tak; sekejap happy, sekejap marah-marah. Temper dia kena jaga sikit. Kalau tersilap langkah, boleh meletus. Macam Gunung Merapi. That’s why lah aku terpaksa…. Aku repeat…TERPAKSA melembutkan suara dengan dia.

“Nothing important, actually. Just wanted to see you. Itu je.” Suaranya kembali mengendur. Tidak lagi kasar seperti tadi. Wajahnya pun kembali lembut. Kemudian dia tersenyum manis.

Aku mengeluh dalam hati. Kan dah cakap dia ni memang tak stabil. Tadi macam nak marah, siap berhenti tepi jalan, sekarang pula boleh senyum-senyum dengan aku. Emosi tak stabil mengalahkan perempun yang tengah PMS je. Pelik aku! Dah tu, rasanya aku seorang je yang boleh control dia. Tahu macam mana nak deal dengan dia. Kalaulah dia kahwin nanti, apalah nasib wife dia. Kena datang berguru dengan dengan aku dulu kot!!

Akhirnya kami tiba di Mid Valley Megamall. Danish mengajak aku ke G2000. Katanya dia suka jenama itu. Selesa dan menepati citarasa dia. Aku hanya mengangguk, mengiyakan sahaja. Macamlah aku tak tahu dia memang suka jenama itu. Aku ni dah kenal dia hampir 8 tahun lamanya. Dah tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.

Sedang kami membelek-belek baju yang tergantung, aku tiba-tiba ditegur oleh seseorang.

“Alya, right?” Aku terus berpaling. Danish di sebelahku turut menoleh.

“Yes, and you are….” Aku menjawab pertanyaan lelaki asing itu. Dia nampak macam familiar, tapi aku tidak pasti.

“Tak ingat ke? KLCC? SMIDEX 2010?” Ujar lelaki itu mengingatkan aku tentang dia. Aku mengerutkan dahi sedikit.

“Oh!! Adam, right? From Petronas?” Akhirnya aku dapat mengingati lelaki itu.

Aku mengenali Adam ketika kami sama-sama menyertai pameran SMIDEX 2010 di KLCC tahun lepas. Aku mewakili syarikat lama tempatku bekerja manakala Adam merupakan wakil bagi Petronas. Sungguh aku tak sangka dia masih mengingati aku. Lelaki handsome macam dia still ingat aku, bangga jugak aku!!

“Great! You do remember me! Seronok dapat jumpa awak lagi.” Dia tersenyum sambil menuturkan kata-kata. Menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Aku turut tersenyum. Gembira bertemu dengannya.

“Ehem…ehem..” Tiba-tiba telingaku dapat mendengar bunyi seseorang berdehem. Aku berpaling dan dapat kulihat dengan jelas wajah Danish. Dia mengangkat kening padaku. Oh, aku terlupa pasal mamat seorang ni!

“Adam, kenalkan ini Danish.” Aku memperkenalkan Adam pada Danish.

“Danish, this is Adam.” Kemudian aku memperkenalkan Danish pada Adam.

“Nice to meet you.” Mereka bersuara hampir serentak sambil bersalaman.

So, awak dah ada boyfriend, ya? I guess saya terlalu lambat mengenali awak. Baru je saya ingat nak tackle awak.” Ujar Adam tiba-tiba. Aku sedikit tergamam dengan kata-katanya. Kemudian ketawaku meletus. Aku tahu dia hanya bergurau.

“Boyfriend lah sangat!! Danish kawan baik saya jelah. Nothing more and nothing less.” Aku menjelaskan dalam ketawaku yang masih berbaki.

Aku seperti mendengar dengusan kasar Danish sebaik sahaja aku menjelaskan kedudukan sebenar pada Adam. Mataku sedikit melirik pada wajahnya yang kelihatan marah. Dia marah apa pula kali ini? Aku dengan dia kan memang best friend je, kan? Tidak lebih dan tidak kurang.

“Oh, really? Kalau macam tu, bolehlah I try my luck, kan? Who knows you might end up with me.” Adam menjawab. Aku hanya tersenyum. Masih menganggap kata-katanya sebagai gurauan semata-mata.

“Sorry, Adam. We are in rush. Nice to meet you, again. Jom, Alya. Banyak lagi tempat kita nak pergi ni.” Sebelum sempat aku menjawab, Danish tiba-tiba bersuara. Dia menarik lenganku.

Aku sedikit tergamam dengan tindakan drastik dia itu. Selama aku mengenali dia, tidak pernah sekalipun dia memegang aku. Sekarang, main tarik-tarik aku pula? Apa kena dengan mamat ni? Nasib baik bajuku berlengan panjang, berlapik. Kiranya dia tidak menyentuhku secara direct. Dan lagi satu, bila masa pula aku dengan dia ‘in rush’?

“Kejaplah, Danish. Saya belum habis cakap lagi dengan Adam.” Aku membentak. Yelah, suka hati dia je nak tarik aku pergi, padahal aku belum lagi habis bercakap dengan Adam.

“No, it’s okay Alya. Maybe kita boleh jumpa lagi next time. The other day, saya terlupa nak bagi kad pada awak. So, this is my card. Let’s meet up again later, okay.” Adam tiba-tiba menyampuk. Dia kemudiannya menghulurkan kadnya padaku.

Aku cuba mengangkat tangan kananku yang masih lagi dipegang kemas oleh Danish. Aku mendongakkan kepala dan kemudian merenungnya tajam, memberikan isyarat supaya dia melepaskan pegangan tangannya. Perlahan dilepaskan pegangan itu. Aku menarik tanganku dan menggosok lenganku. Sakit jugak dia pegang lengan aku tadi. Janganlah ada lebam pula lepas ni!

“And this is mine.” Aku pula menyerahkan kadku pada Adam selepas mengambil kadnya. Dia mengambil dan membeleknya seketika sebelum memasukkan kad itu ke dalam dompet.

“So, see you again!” Ujarku sebelum melangkah pergi.

“Yes, see you!” Adam mengangkat tangan tanda ‘bye’ sambil tersenyum riang. Dia nampak seperti betul-betul gembira dapat bertemuku.

“See you…see you. Happy lah tu dapat jumpa mamat tu.” Tiba-tiba Danish bersuara. Penuh sindiran.

Aku menjelingnya tajam. Geram! Dia ni kenapa? Dari tadi tak puas hati dengan aku? Aku rasa aku tak ada buat salah apa pun.

“Awak ni kenapa? Masa mula-mula kita nak datang sini, awak dah buat perangai. Sekarang, buat lagi. What is wrong with you??” Aku membentak. Sedikit meninggikan suara dan sedikit kasar. Tapi, aku tak peduli lagi. Perasaan geram aku pada Danish mengatasi adab dan kesusilaan aku.

“What’s wrong with me? Awak tu yang mengada-ngada. Layan sangat mamat tu. Bukan main lagi senyum-senyum, nak sampai kat telinga saya tengok.” Danish menjawab, memberikan jawapan yang sangat menyakitkan hati. Aku mengetap bibir.

“Kalau saya nak mengada-ngada pun suka hati sayalah. Awak tu sape nak control saya? Bukan sape-sape pun!!” Kali ini aku pula menjawab.

“Yes, I am nobody!! Tapi saya kawan awak. Saya tak boleh biarkan lelaki yang cuba menggatal dengan awak.” Danish membalas.

“Sape yang menggatal? Adam? Hey, dia tak ada buat apa-apalah!” Aku menjawab lagi. Sungguh! Aku sangat geram dengan sikap Danish yang pandai-pandai saja membuat andaian bukan-bukan.

“Awak suka, sebab tu awak cakap tak ada apa-apa! Saya yang tengok ni, sakit mata tau!!” Danish membalas lagi kata-kataku.

“Kalau sakit mata, tak payah tengok. And macam yang awak cakap tadi, awak tu kawan saya je. My BFF!! Best friend! Not boyfriend!” Aku sedikit meninggikan suara. Hilang sudah kelembutan dan kecomelan aku. Kejap, selama ni aku comel ke?

“So, awak tak ada hak nak tentukan saya boleh cakap dengan lelaki mana, boleh senyum dengan sape and boleh keluar dengan sesiapa pun.” Sambungku lagi. Kali ini suaraku tidak lagi meninggi seperti tadi, tapi penuh dengan ketegasan.

Danish kelihatan sedikit tersentak. Dia tidak menjawab, hanya merenungku tajam. Aku dapat mendengar dengan jelas dengusan nafas dia. Kasar. Mungkin dia sedang cuba mengawal perasaan amarah dia padaku. Ah, aku tak peduli lagi! Lantak dialah nak marah dengan aku ke apa. Tak larat lagi aku nak layan emosi tak stabil dia tu. Letih!! Dia ingat aku ni apa? Tempat untuk dia lepaskan perasaan ‘emo’ dia tu?

“Okay, fine! Suka hati awaklah nak buat apa pun. I just don’t care.” Danish akhirnya bersuara. Nada suaranya juga sudah mengendur tapi aku masih dapat mengesan perasaan marah dia dalam suara itu.

Aku tidak menjawab. Hanya mengikut langkahnya. Kemeja yang sepatutnya dibeli tadi Danish letakkan kembali. Merajuklah tu. Dah tak nak beli apa-apalah tu. Faham sangat aku dengan perangai dia!

Sepanjang perjalanan pulang, aku dan Danish masing-masing hanya mendiamkan diri. Tanpa sepatah kata. Aku tahu dia marah, dan aku juga marah padanya. Kali ini aku tak nak beralah. Yelah, aku tak ada buat salah apa pun. Dia yang tak puas hati denganku! Dia yang ada masalah temper! Aku tak ada apa-apa masalah pun.

Dengan itu, ‘date’ kami petang itu pun berakhirlah dengan pergaduhan besar dan perang dingin antara aku dan dia.

*************************

“So, macam mana date petang tadi?” Soal Damia padaku ketika aku sedang menonton TV malam itu. Aku tidak mempedulikan soalan itu, dan hanya memeluk bantal sambil mataku tidak lepas dari kaca TV.

“Hey, aku tanya kaulah!!” Damia menjerit kecil sambil membaling bantal kecil padaku.

“Apa baling-baling ni? Aku nak tengok TV lah!!” Kali ini aku berpaling padanya.

“Aku tanya…date kau dengan Danish macam mana?” Damia kini sudah melabuhkan punggung di sebelahku. Bersiap sedia nak dengar cerita akulah tu. Kepoh betul minah seorang ni!!

“Janganlah tanya pasal dia. Buat sakit hati aku je.” Jawabku sambil mencebik. Membuat ekspresi tidak puas hatiku.

“Ooooo, korang gaduh ek? Cer citer, cer citer…” Ujar Damia, memulakan misi penyibuk dia.

“Cer citer…cer citer….takde, takde..aku takde citer nak cer citer, cer citer…” Aku menjawab.

Aku malas nak bercerita sebenarnya. Kalau aku bercerita pasal Danish, itu maksudnya aku kena berfikir pasal dia. Dan aku tak nak fikir pasal dia malam ni. Buat menyakitkan hati je. Juga menaikkan darah aku. Nanti tak pasal-pasal aku kena high blood pressure aka hypertension, which means tension membawa kepada darah tinggi. Dan aku sekarang memang tension!!

“Ala, citer lah. Mana tahu aku boleh tolong settle ke apa.” Damia cuba memujukku. Aku hanya menjeling tanpa jawapan sambil memuncungkan mulut.

“Dah, sudah. Dia dah mula menyudu dah. Kau merajuk dengan Danish,ek?” Teka Damia.

Aku mendengus. Tidak puas hati. Suka hati dia je cakap aku merajuk. Orang yang merajuk sebenarnya Danish, bukannya aku!

“Tak de maknanye aku nak merajuk dengan dia. Dia tu yang tak betul!” Tanpa sedar aku mula bercerita.

“Kau tahu tak?” Sambungku lagi.

“Tak tahu.” Selamba Damia menjawab. Isy, budak ni!!

“Memanglah kau tak tahu. Kau takde kat sana. Kalau kau ada kat sana, kau mesti geram macam aku jugak.”

“Apa dah jadi sebenarnya ni?” Soal Damia penuh minat.

Aku mula bercerita. Dari mula Danish buat hal dalam kereta, saat-saat aku jumpa Adam dan hinggalah waktu aku dengan Danish berperang besar. Besar ke? Taklah besar sangat, tapi besar bagi aku.

“Serius aku geram. Dia ingat dia tu sape? Suka hati dia je cakap macam tu. Macam aku ni murah sangat.” Aku akhirnya menamatkan ceritaku.

Wow, bersemangat betul aku bercerita. Tadi bukan main lagi tak nak cakap apa-apa. Tapi bila dah mula buka mulut, terus tak ada full stop, koma pun takde. Ah, tak kisahlah! Yang penting, aku puas! Puas dapat luahkan perasaan tak puas hati aku pasal Danish.

Tanpa disangka-sangka, Damia ketawa besar. Ketawa tak hingat dunia pulak tu. Aku mengerutkan dahi, dia ni kenapa? Apa yang kelakar sangat pasal cerita aku?

“Korang ni kan….memang kelakar lah.” Ujar Damia dalam sisa-sisa ketawa dia.

“Apa yang kelakarnya?” Aku menyoal, tidak faham.

“Apasal lah kawan aku seorang ni bengap sangat?” Damia menyoal dirinya sendiri.

“Woi, yang kau cakap aku bengap, apa kes??” Aku mula membentak. Geram pula aku dengan Damia ni. Bahagia sungguh dia cakap aku bengap.

“Takkanlah kau tak sedar yang Danish tu…….” Damia menghentikan kata-katanya tiba-tiba. Sengaja dia mengangkat kening padaku sambil tersengih.

“Danish apa?” Terus aku menyoal, ingin tahu.

“Jealous lah!! Tahu…jealous aka cemburu?? Takkan tak tau cemburu tu apa kot.” Damia menjawab sambil diselitkan dengan ejekan.

Aku hanya terkebil-kebil. Aku salah dengar ke? Danish jealous? Kenapa pula dia nak jealous? MOTIF?????

“Apa hal pulak dia nak jealous?” Aku dengan blur nya menyoal.

“Ya Allah!!! Itu pun tak faham? Cik Alya Amani, awak ni duk kat mana? Or datang dari mana? Pluto ke?” Damia ketawa lagi. Mentertawakan aku.

Aku menarik muka masam. Dah aku memang tak faham, aku tanyalah. Takkanlah sebab tu, aku tiba-tiba dicop datang dari Pluto kot?

“For your information, cemburu itu tandanya sayang.” Sambung Damia lagi.

“So, your point is????” Tanyaku lagi. Sekarang tiba-tiba saja aku rasa kasihan pada diri sendiri. Kenapalah aku ni terlampau blur dalam bab-bab macam ni?

“It’s simple, Danish is in love with you!! Yes, my dear….he’s definitely in love with you.” Jawab Damia dengan penuh keyakinan.

Aku terkebil-kebil lagi. Masih cuba ‘menangkap‘ apa yang telah disampaikan oleh Damia. Danish is in love with me? Hah, biar betul?????

***************************

Aku menggeliatkan badan sambil menarik kembali selimut. Mataku memandang sekilas pada jam loceng di sebelah. 10.15. Hah? Dah pukul 10.15 pagi? Terus aku terbangun. Gila lambat aku bangun hari ni. Nasib baik aku ‘cuti’, kalau tak dah terlepas Subuh.

Walaupun aku dah bangun, aku tetap tidak berganjak dari katil. Sebaliknya aku duduk bersila. Selimut aku tarik supaya menutupi kepalaku. Fikiranku melayang pada kata-kata Damia. Sebab kata-kata berani mati dia tulah aku tak dapat tidur semalam. Tak silap aku, pukul 4 pagi baru aku betul-betul dapat lelapkan mata.

“Isy, geramnya!!! Alya, janganlah fikir pasal tu!!” Jeritku pada diri sendiri.

Sedang aku seronok ber’emo’, telefon bimbitku berbunyi. Ada message masuk.

-Saya kat bawah. Nak pergi bengkel, kan?-

Oh, dari Danish rupanya. Aik, dah tak marah dah? Ingat nak sambung perang dingin dengan aku. Danish, Danish…..DANISH??? Alamak, Danish! Apa aku patut buat sekarang? Macam mana kalau apa yang Damia cakap tu betul? Apa patut aku buat?

Aku semakin menarik selimut yang kini menutupi kepala dan tubuhku juga. Ala-ala, bersembunyi dalam tu. Tapi…kejap, kenapa dengan aku ni? Bukannya Danish confess kat aku pun, kan? Aku…kena buat selamba jelah, kan?

-Hari ni kan hari Ahad. Bengkel mana bukak.-

Aku akhirnya menjawab message dia tadi. Itu pun setelah bermeditasi kejap. Konon nak tenangkan hatilah. Konon jelah!

-Ngok! Semalam Jumaat, hari ni Sabtu lah. Semalam kan cuti Wesak.-

Aduh, kena sebijik ‘ngok’ kat aku! Macam mana aku boleh lupa weekend ni aku cuti 3 hari?

-Awak belum bangun lagi, ek?-

Sebelum sempat aku menjawab message dia tadi, satu lagi message masuk. Aku termalu sendiri.

-Dah bangun. Tengah siap-siap.-

Selamba je aku menipu. Terpaksalah, kan? Aku pun nak kena jaga air muka jugak.

-So, cepatlah. Saya tunggu kat bawah.-

Tanpa membalas message dia, pantas saja aku berlari masuk ke bilik air. Mandi pun macam mandi kerbau je. Teruk betul anak dara macam aku ni..hehe..

Tepat 10 minit kemudian, aku dah pun berdiri depan Danish. Dia hanya memandangku sinis. Nak mengata akulah tu. Nampak sangat kot!

“Betul ke dah bangun masa saya sampai tadi?” Danish menyindirku. Aku menarik muka masam dan memuncungkan mulut. Dah jadi tabiat aku muncungkan mulut bila tak puas hati dengan orang agaknya. Macam itik!

“Mulut tu muncung je, cium karang.” Selamba Danish bersuara sambil tersengih nakal.

Aku terus menoleh ke arah dia. Eh, dia ni selamba tahap maksima je cakap macam tu. Aku pulak yang rasa malu. Dapat aku rasakan pipiku memerah.

“Gatal!” Itu saja yang mampu aku ucapkan dalam perasaan malu yang teramat sangat. Ketawa dia meledak.

Aku yang memandang naik hairan. Happy pula dia pagi ni. Semalam bukan main lagi mengamuk tak tentu pasal. Agak-agak manusia bernama Danish Aniq ni ada double personality tak? Atau BFF aku ni sebenarnya gila? Ok, aku sangat over dramatic!

“Masuklah. Yang tercegat lagi tu, kenapa? Tunggu saya dukung masuk ke?” Ujar Danish setelah ketawanya reda.

Mendengarkan kata-kata dia, wajahku yang dari tadi memang dah merah lagi bertambah merah. Malu kot!!

“Gila!” Aku mengutuk dia sambil menjeling tajam. Perlahan aku masuk ke dalam MyVi milik Danish itu. Dia hanya tersenyum.

“Ingatkan tak nak tolong saya dah. Yelah, semalam kita…..”

“Jangan cakap pasal semalam, boleh tak? Saya tak suka budak tu.” Pantas Danish memotong kata-kataku. Tegas.

Aku apa lagi? Secara automatik terus menoleh pada dia yang sedang memandu. Dia marah lagi? Jealous? Teringat pula pada kata-kata Damia semalam…

“He’s definitely in love with you…..”

Aku menggelengkan kepala. Oh, tidak!!! Tidak!!! Tahap possibility untuk Danish Aniq jatuh cinta pada Alya Amani adalah kosong. Zero. Tak pun negative kot.

“Yang awak duk geleng-geleng kepala macam tu kenapa? Dah tak betul dah?” Tiba-tiba Danish menyoalku.

Aik, budak ni! Tengah drive pun boleh perasan apa aku buat. Dia ada 4 mata ke? Kat telinga lagi dua?

“Ada benda terlekat kat tudung. Nak shake off lah tadi.” Selamba aku jawab. Itu kira tipu ke? Tipu sunat je. Tak pe, kan??

“Yelah tu, Alya. Macamlah saya tak kenal awak dan perangai tak betul awak tu.” Danish menjawab. Aku hanya tersengih. Sebagaimana aku cukup mengenali dia, Danish juga cukup mengenali aku. My BFF lah, katakan!!

Maka, aku sekali lagi menghabiskan masa dengan Danish. Satu yang aku senang tentang Danish adalah sikap dia yang sangat berpegang pada janji. Sebab tulah tercongok jugak dia tunggu aku pagi tadi. Kata dia, memang dia still rasa marah atas kejadian semalam tapi disebabkan dia sudah berjanji mahu menolongku terpaksalah dia datang. Walaupun Danish memang ada masalah dengan emosi tak stabil dia tu, sememangnya dia tetap orang yang boleh aku harapkan. So, go Danish!! Keep it up!!

“So, did he contact you?” Tiba-tiba Danish menyoalku ketika kami sama-sama makan tengah hari setelah mengambil keretaku di bengkel.

“Who?” Aku menyoalnya kembali.

“That…..ala, that Adam guy.” Keruh wajah Danish tatkala menyebut nama Adam.

Aku mengerutkan dahi. Aik, tadi bukan main lagi tak bagi aku cakap pasal hal semalam. Sekarang, bukan ke dia yang tengah cakap pasal tu?

Tiba-tiba muncul satu idea jahat dalam fikiranku. Idea ini aku namakan ‘Jom check sama ada Danish Aniq betul-betul jealous’.

Pelakon utama = Alya Amani

Penerbit = Alya Amani

Pengarah = Alya Amani

“Ada, semalam. Lepas kita balik from Mid.” Selamba je aku menjawab. Ini ikut skrip yang aku sendiri cipta on the spot.

Danish mendengus.

“Dia nak apa?” Keras suara Danish. Ok, jerat menjadi nampaknya. Yay!

“Nak keluar dengan saya. Dia cakap….hmmm, he wanted to know me more.” Aku semakin seronok memainkan perananku. Tapi Tuhan saja yang tahu betapa aku cuba menahan ketawa dalam hati.

“So, awak cakap apa?” Soalnya lebih lanjut.

“Saya cakaplah ok.” Selambanya aku jawab. Kalau dia tahu aku tipu, memang mati kering aku dikerjakan Danish.

“Awak mana boleh cakap ok!” Danish sedikit membentak.

Aku tergamam sekejap. Sekejap jelah, sebab sebentar kemudian aku tersenyum. Takdelah senyum depan dia. Gila nak senyum depan dia? Mau kena ketuk nanti! Aku senyum dalam hati jelah. Dia betul-betul jealous rupa-rupanya. Ini yang tambah seronok nak menyakat dia ni.

“Isy, awak ni. Kenapa pulak tak boleh?” Sengaja aku menyoal.

“Sebab….sebab tak boleh lah.” Danish kulihat semakin bengang. Dah mula marah ke?

“Mesti kena ada sebab kenapa saya tak boleh cakap ok, kan?”

Aik, makin menjadi pulak aku kenakan dia. Tapi, kalau bukan sekarang bila lagi aku nak kenakan Danish Aniq, kan? So, inilah saat-saat yang aku tak boleh lepaskan, tak gitu?

“Ok, fine! Sebab saya tak suka. Puas hati?”

Aku terkebil-kebil. Motif tak suka?

“Saya tak tahu kenapa, tapi saya tak suka mana-mana lelaki cuba rapat dengan awak. Tak kisah lah dia tu Adam ke , Ali ke, Abu ke…yang penting lelaki yang bukan keluarga awak.” Laju je Danish menuturkan kata-kata.

“Mana boleh macam tu. Kalau awak asyik halang je mana-mana lelaki yang try nak rapat dengan saya, alamatnya saya tak kahwin lah. Takkanlah sebab awak, saya kena jadi andartu pulak? Tak nak lah!” Aku akhirnya menjawab.

“Then, kahwin je dengan saya!!!”

Aku tergamam. Terkedu. Terpegun. Terperanjat. Terkejut. Rasa macam ada sebiji bom jatuh atas kepala aku. OMG!!!!

Kali ini tiba masa untuk Danish pula terkebil-kebil. Dia kelihatan terkejut dengan statement yang baru saja meluncur keluar dari mulut dia sendiri. Perlahan dia menunduk dan menggaru kepala dia yang tak gatal. Atau sebenarnya gatal sebab kelemumur?

Aku pula tetap seperti tadi. Still terkejut beruk! Agak-agak beruk pun tak terkejut macam aku. Seriously! Apa sebenarnya dah jadi ni? Danish baru propose aku ke? Itu orang panggil proposal kan? Kan?

Dapat aku rasakan pipiku macam kena bakar dalam microwave. Malu teramat! Sekarang aku rasa betapa bagusnya kalau aku ni kura-kura. Boleh sorokkan kepala dengan bahagianya. Kura-kura, jom kita switch place. Awak jadi saya, saya jadi awak. Ok? Setuju?

Aku mengetuk kepalaku. Cik Alya Amani, awak dah mereng ke??

“Saya tak main-main. Awak fikirkanlah apa yang saya cakap tadi. Now, jom balik!” Tiba-tiba Danish bersuara setelah agak lama terkejut dengan kenyataan sendiri. Itulah orang cakap, kerana mulut badan binasa. Kejap, sekarang bukan dia yang binasa tapi, aku!!

Aduh, lain yang aku plan lain pula yang jadi! Ingat nak kenakan dia. Last-last, aku pula yang terkena. Tolong!!!! Mummy, tolong!!!!

***************************

Aku memandang ke luar tingkap. Melihat pemandangan malam. Well, tengok lampu je sebenarnya. Kat KL ni lampu jelah yang ada. Nak tengok bintang? Sampai gajah terbang pun, belum tentu dapat tengok!

“Tunggu saya, ek?” Jelas telingaku menangkap satu suara. Seketika kemudian, satu tangan melingkari pinggangku. Aku hanya membiarkan saja.

“Takde makna nya tunggu awak. Tengah bahagia tengok lampu ni.” Aku menjawab tanpa berpaling. Selamba je jawapan aku.

“Ooooo, tengok lampu lebih penting dari husband sendiri ek? Nak merajuk lah macam ni.”

Aku ketawa. Dah tua bangka pun still nak merajuk lagi? Buruk, wei!

Kejap, apa dia cakap tadi? Husband? Yup, husband aku. Cuba teka siapa? Siapa lagi kalau bukan Danish Aniq. Yelah, BFF aku tu. Sebenarnya aku terpaksa kahwin dengan dia. Sebab dia tak bagi mana-mana lelaki pun rapat dengan aku. Diktator betul! So, untuk mengelakkan aku tak kahwin-kahwin sampai tua, aku dengan terpaksa-relanya kahwin dengan dia.

Haha! Takdelah. Bukan macam tu sebenarnya. Aku kahwin dengan dia sebab dah ter'jatuh cinta' dengan dia. Tapi, jangan salah faham! Aku bukannya terus setuju lepas dia propose tak rasmi masa aku dengan dia pergi ambil Mini Cooper-Kelisa aku dulu. Gila nak terus terima masa tu? Aku bukannya ada feeling lebih-lebih pun kat dia masa tu.

Sebenarnya, Danish Aniq terpaksa berkerja-keras untuk buka pintu hatiku selama setahun setengah, tau! Dan dalam masa setahun setengah tu, macam-macam aku suruh dia buat. Dah tu, dia langsung tak membangkang sebab dia dah terlebih sayang kat aku. Best betul kenakan dia masa tu. Haha, jahat tak aku? Takdelah jahat sangat, kan?

“Senyap je. Fikir ape?” Danish tiba-tiba bersuara. Kepalanya diletakkan atas bahu kiriku.

“Nothing. Awak tau, tadi saya dapat e-mel from Adam.” Ujarku, memberitahunya pasal e-mel Adam yang aku dapat siang tadi. E-mel yang mahu menjemput aku dan Danish menghadiri majlis perkahwinan dia.

“Adam? Apa dia nak?” Sedikit keras suara suamiku ini. Aku tersenyum. Pantang betul Danish dengan nama Adam.

“Aik, takkan still jealous kot? Adam tu kan dah nak kahwin dengan Damia?” Soalku, sedikit menyakat. Tubuhku dipusing supaya menghadap Danish.

Ya, Adam, lelaki yang aku temui di G2000 dulu kini bersama dengan Damia, kawanku yang tak betul tu. Kelakar jugak bila aku fikirkan pasal hal ni. Dulu beriya Damia jadi matchmaker antara aku dengan Danish, which berjaya akhirnya. Aku pula tiba-tiba jadi matchmaker antara Damia dengan Adam. Inilah yang dinamakan jodoh, kot.

“Tak de, tak de. Saya tetap tak puas hati dengan dia.” Bentak Danish. Aku ketawa. Suamiku seorang ni memang macam budak-budak!

“You know, hari ni saya secara rasminya nak lucutkan title BFF awak tu.” Ujarku setelah ketawaku reda. Aku sedikit mendongak, memandang tepat pada wajah Danish.

Danish mengerutkan dahi. Tidak faham mungkin. Aku tersenyum nakal.

“Sebab sekarang awak dah jadi my BHF.” Sambungku lagi.

“BHF?” soal Danish. Masih blur rupanya suamiku ini.

“Tunduk sikit.” Aku meminta Danish menundukkan kepala. Dia hanya menurut tanpa kata.

“My Best Husband Forever.” Bisikku lembut pada telinganya sebelum kembali memandangnya.

Danish memandangku sebelum dia akhirnya tersenyum lebar.

“I like that. Terbaik dari ladang!!!” Jeritnya sebelum menarik aku ke dalam pelukannya.

Dan aku hanya ketawa dalam dakapan hangat suamiku, Danish Aniq merangkap my ex-BFF.

11 comments:

  1. miss my bff.. huhuhu klu still bff mungkin abc akan jadik macam ni kan3. hahaha

    ReplyDelete
  2. ini kes yg hr 2 ek? i mean hr 2 pn abc ade mention psl kwn abc sorang tp now ni die dh jauh...huhu

    tp, kan...if u r meant 4 him, x ke mana ugak kan?? haha!!

    ReplyDelete
  3. saya pernah ade bff...tp perasaan bff tu bagaikan tak bernilai pabila my bff ketemu kekasih hati.akhirnya saya terpaksa ditinggalkan sbb kekasih dia jeles dgn keakraban kitorang.sbg bff yg amat memahami (konon) saya pun merelakan diri ditinggalkan..kitorang da lama tak contact..mungkin satu ari nnti akan dapat kad jemputan kawin my bff..huhu..semoga bahagia MohdNazri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sedih nye, sabo je dik. sebab tu akak dari dulu lagi tak de bff or watcemecal-dem, baik nye pempuan mau pun lelaki. name nye manusia, prasaan apa2 ntah pasti akan timbul...kalu tak de iman di dada, apa2 pun bole jadi. to sara, citer atas amat menghiburkan dan pasti make us think. thks dear

      Delete
  4. best sangat cerita ni...
    WC xpernah ade bff baek pmpuan atau laki... sume kawan mcm biase2 je...

    ReplyDelete
  5. My bff sejak 9 tahun lalu which is also my childhood friend da dapat title baru...my best husband-to-be....heheh

    ReplyDelete
  6. haihhhh.... so lucky la alya. I fall for my bestfriend tapi tak end camni pun. haihhh

    ReplyDelete
  7. bff sy lelaki...mungkin x sy dgn bff sy jdk mcm citer nie..hihi...

    ReplyDelete
  8. sweet story...teringat plak saya ngan bff saya yg kini da jadi husband saya.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete