July 17, 2011

[Cerpen] Encik Sayang dan Miss Sweetheart


Menggeliat, membetulkan urat-urat badan yang sudah makin kebas. Kaki dilunjurkan dan diangkat beberapa kali.

Ok, aku tidak ubah seperti sedang membuat posisi yoga yang sangat mustahil untuk seorang yang berbadan ‘keras’ sepertiku.

Dan kemudian mataku kembali dialihkan ke laptop yang terletak elok di atas katil.

Stupid Prang’ek!! Yang kau percaya perempuan jahat tu kenapa? Hampeh!!” Laju sahaja mulutku menghamburkan kata-kata amarah kepada lelaki di dalam kotak empat segi di hadapanku.

“Woi!! Kalau kau nak tengok citer siam tu pun, janganlah melalak sama dengan orang yang berlakon tu. Aku nak tidur!!”

Aduh, aku telah dimarahi dengan bahagianya oleh roommateku, Lidya. Adakah ini balasannya kerana aku telah memarahi Prang’ek dalam ‘Proong Nee Gor Ruk Ter’ atau dalam BI ‘Tomorrow I’ll Still Love You’ atau dalam BM ‘Esok Aku Akan Tetap Mencintaimu’. Tajuk yang sangat jiwang, kan?

“Pong Nawat, sorry sebab marah awak tadi…” Aku dengan insafnya memohon maaf kepada Prang’ek yang aku marah tadi.

Ops, aku belum beritahu apa itu Prang’ek kan? Prang’ek adalah satu terma yang digunakan khas untuk hero dalam lakorn a.k.a cerita siam. So, dah dapat gambarannya? Yup, aku dengan bangganya nak announce…aku adalah peminat lakorn!!! Yay!!

Kenapa perlu ‘yay’ itu aku pun tak tahu. Tapi itu membuatkan announcement tadi lagi best, kan?? Haha!!

Di saat semua rakyat Malaysia atau seantero dunia memuja cerita-cerita Korea atau Jepun dengan hero mata sepet yang kecomelannya mengalahkan kecomelan gadis-gadis, aku tetap setia dengan cerita dari negara jiran, Thailand. Aku tak minatlah cerita Korea!

Ok, pembetulan!

Aku minat sangat-sangat cerita Korea dan Jepun, well…..at least pernah minat. Waktu tu semua orang masih lagi meminati sinetron dari Indonesia dan telenovela dari negara Latin. Mereka belum cukup mengenali drama-drama Korea dan Jepun. Adakah aku cuba mengatakan bahawasanya aku ini sangat advanced? Haha, sudah semestinya tidak! Aku cuma agak handal dalam memaksimakan penggunaan YouTube untuk mencari dan menonton drama-drama Korea dan Jepun secara percuma. That’s the beauty of YouTube. Everything is free!!! 

Juga aku telah berguru dengan kawan lelakiku tentang “Bagaimana mahu menggunakan Torrent untuk men’download’ cerita-cerita yang aku minat.” Oh, aku sangat memuja internet!!

So, persoalannya sekarang, macam mana aku boleh minat lakorn?

Panjang ceritanya. Dipendekkan cerita…aku jatuh cinta pada boyfriend lama aku iaitu Tik Jesdaporn Poldee. Huh? Siapa? Prang’ek dalam ‘The Princess’ lah. Tak ingat? Tak apa, aku ingatkan. ‘The Princess’ adalah satu lakorn yang telah mencipta satu fenomena di Malaysia. Lakorn berkisar tentang percintaan antara seorang puteri mahkota dengan askar biasa itu sangat meruntun jiwa. Meruntun jiwa? Ya, SANGAT! Sebab ending dia buat aku menangis bagai nak rak.

Aku jumpa balik Tik Jesdaporn Poldee dalam “Kaew Tah Pee” a.k.a “The Apple of My Eye”. Wajah dia yang sememangnya handsome….aku tengok semakin handsome membuatkan cinta aku pada dia memekar kembali. Jadi kerana Prang’ek bernama Tik Jesdaporn Poldee inilah, aku berubah daripada peminat cerita Korea dan Jepun kepada peminat fanatik lakorn.

Dan kerana itulah aku masih lagi berjaga pada pukul….

Aku memandang sekilas pada jam loceng di sebelah katil.

Hah???? 4 pagi??

Alamak! Aku kena tidur sekarang. Esok masuk kerja pukul 9 pagi. Aduh, tak cukup tidur lah aku malam ini. Semua ni gara-gara lakorn yang aku tengah tonton sekarang. Janganlah terbangun lambat esok...

**********************

“Habislah! Habislah aku!!”

Aku terbangun lambat.

Tiga patah perkataan ini rasanya cukup untuk aku gambarkan betapa kelam kabutnya aku mahu bersiap ke pejabat. Dahlah pukul 9.30 nanti, aku ada meeting. Dan sebagai setiausaha yang kerjanya mencatat minit mesyuarat dalam meeting itu nanti, aku sangatlah WAJIB berada dalam meeting itu.

Cepat-cepat aku memakai crocs berwarna pink yang aku beli di pasar malam dengan harga RM10. Aku manalah mampu nak beli crocs original! High heels berwarna hitam aku pegang dengan menggunakan tangan kiriku. Crocs itu akan aku gantikan dengan stiletto hitam berjenama Vincci itu untuk mengubah gaya aku yang tidak ubah seperti orang tidak betul berbaju kurung moden dengan crocs pink kepada wanita berkerjaya dengan stiletto yang anggun. Yosh! Itulah yang aku akan buat bila sampai office nanti.

Aku mengerling pada jam di dashboard kereta. Jam itu menunjukkan pukul 8.45 pagi. Ok, dari rumah ke pejabat mengambil masa lebih kurang 10 minit kalau aku memecut dalam 100 km/jam. Sempat, aku mesti sempat sampai!

8.55 pagi.

10 minit selepas aku bertolak dari rumah.

Aku belum sampai!!!

Dan semuanya gara-gara mamat handsome depan mataku ni. Kenapalah hari ni dia nak langgar belakang kereta aku? Tak ada orang lain ke dia nak langgar, hah??

Aku merenung dia tanpa kata. Mataku dijeling pada BMW miliknya yang baru sahaja mencium belakang Kelisa comelku. Cis, tak ada kesan langsung! Kereta mahal memang sangat gagah. Aku kena akui hakikat itu sekarang.

Pandanganku kemudian dialihkan kepada keretaku. Bumper yang kemek, senget dan menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi. Nombor plate yang separuh dah patah, hanya meninggalkan huruf WPL tanpa empat nombor yang selama ini hidup di samping WPL itu.

Huwaa!!!! My baby!!!!

Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil merenungku. Apa tengok-tengok?? Ingin sahaja aku jerit begitu pada dia. Namun tiba-tiba….

“Sayang! Hurry up! Pedulikan kereta tu.”

Seorang perempuan dengan baju ketat dan skirt pendek paras lutut keluar dari BMW yang tiada kesan langsung tadi dan berjalan dengan gaya gedik ke arah aku dan lelaki di hadapanku.

Oh.

Dan hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Mekap dia?? Ya Allah! Buruknya!! Tak ada orang ke pernah beritahu dia zaman sekarang orang dah tak pakai lipstik merah membara yang mampu menarik perhatian orang dari 10 batu jauhnya. Dan eyeshadow tu? Ungu terang kononnya sedondon dengan baju yang dipakainya. Alahai, buruknya. Minah ni betul-betul mengingatkan aku pada watak-watak Nang’rai dalam lakorn yang selama ini aku tonton.

“Hey, you bawak kereta macam mana, hah? Lembab macam kura-kura.”

Perempuan macam Nang’rai tadi menyerangku.

“Now you nak sayang I bayar you lah, kan? Dream on! Jangan haraplah!”

Dia menyerangku lagi.

“Dasar orang miskin. Nak tapau duit orang...”

Dia menyerangku lagi.

Dan…menghinaku.

Aku mengetap bibir. Merenungnya tajam. Tiada siapa yang boleh serang aku! Tiada siapa yang boleh hina aku!

“Excuse me! I bawak kereta macam kura-kura? Hey, you sedar tak sekarang ni kita kat traffic light. Lampu merah tandanya kena berhenti. Or you tak faham traffic light tu apa?”

Aku memulakan misi menyerang kembali.

“You ingat I boleh bawak laju-laju, tembus semua kereta depan I? Macam tu?”

Aku menyerang lagi. Dan aku seperti mendengar bunyi ketawa seseorang saat itu. Mataku dikerling ke arah lelaki tadi a.k.a sayang Nang’rai depan mataku.

Isy, suka hati dia je nak gelak-gelak! Bukannya nak control perempuan gedik ni!

Ah, lantak dialah!!

“I nak duit dia? Tak hinginlah wei!! I bukan macam you, gold digger yang gedik menempek kat mamat ni sebab duit!! You cakap I miskin?? At least I don’t need a man untuk hidup.”

Ganasnya aku serang dia. Dengan penuh keyakinan aku cakap minah ni gold digger yang nak duit lelaki tu. Entah-entah dia sebenarnya wife lelaki tu. Tapi, kalau betul dia wife lelaki itu, memang aku kasihan kat si lelaki. Dapat wife perasan cantik, seksi tak kena tempat, tak pandai pakai mekap pula tu.

“Sayang, dia hina I…..”

Cis, nak mengadu dengan ‘sayang’ dialah tu. Menyampah aku!

Lelaki itu tidak menjawab, senyap tanpa kata. Hanya senyuman yang terpamer pada wajahnya. Dia ni apasal? Tak habis-habis dengan sengih dia!

“I rasa sayang you ni tak boleh dengar kot. Ke bisu??? Dari tadi tak cakap apa-apa. Sengih je memanjang. Bukannya ada orang buat lawak pun kat sini.”

Selamba sahaja aku membuat komen tentang lelaki itu. Handsome tapi bisu??? Kesian….

“Bisu?”

Oh, dia tidak bisu. Aku tarik balik kata-kataku tadi.

“You ingat I bisu?” Dia menyoalku lagi.

Suara dia? Sedapnya suara dia. Macam suara Dome Pakorn, Prang’ek dalam lakorn Rak Mai Mee Wan Tay. Suara dia yang mendatar, serak-serak basah dan….seksi.

Ok, aku kena focus. Mamat ni bukan Dome Pakorn. Mamat ni adalah malaun yang langgar kereta aku.

Fokus!

“Well, you tak cakap apa-apa. I thought….”

Kejap, kenapa aku kena terangkan pada dia apa yang aku fikirkan? Tak perlu kot!

“Whatever. Now I nak you bayar ganti rugi sebab langgar kereta I.”

Tegas suara aku bersuara. Mestilah, kan? Nak orang tu bayar ganti rugi, kot.

“And I thought you don’t want my money.” Jawab lelaki itu sambil tersenyum sinis.

Aku terpempan. Hampeh! Nak mengata akulah tu. Perempuan gedik tu apa lagi? Gelakkan aku macam pontianak lah. Aku mengetap bibir, cuba menahan rasa geramku pada kedua-dua manusia di hadapanku.

“I don’t want your money for nothing. For saje-saje. Tapi you langgar I, so…by hook or by crook, you have to pay for the damages.” Balasku pula.

Aku tetap nak ganti rugi aku. Lantak dialah nak fikir aku nak duit dia ke tak. Yelah, aku tak buat salah apa pun, tup..tup..kena langgar. Sesiapa pun yang jadi aku, mestilah nak ganti rugi kan?

“Well…..” Lambat suara dia menuturkan kata-kata.

Alahai, kenapalah mamat ni macam nak lambat-lambatkan settle semua ni. Aku dahlah ada meeting pagi ni.

Alamak, meeting! Aku hampir terlupa pasal meeting tu.

Cepat-cepat aku melihat jam tangan di tangan kiriku. 9.05 pagi. Aku dah lambat!! Lagi 25 minit meeting akan mula. Aduh, macam mana ni?

“Macam nilah, Encik Sayang. You bagi I name card you. I’ll contact you later. You jangan harap boleh lari daripada I.” Ujarku seraya menadah tanganku meminta name card miliknya. Sempat pula tu aku bagi amaran pada dia.

Lelaki itu kelihatan termangu-mangu. Ni apa pulak? Terkebil-kebil macam orang tak cerdik. Dia tak faham ke apa aku cakap tadi?

“Cepatlah, Encik Sayang! I ada meeting ni.”

Aku sudah tidak dapat bersabar lagi. Makin galak aku menggesa dia agar memberikan name card dia. Beberapa kali aku melihat jam tanganku. Jarum panjang yang laju bergerak makin membuatkan aku kelam kabut.

“Hey, how dare you panggil sayang I..sayang!!”

Minah gedik tadi tiba-tiba memarahiku. Aik, bila masa pulak aku panggil sayang dia..sayang? Tak ada maknanya aku nak panggil orang aku tak kenal macam tu. Gila!

Lelaki di hadapanku pula hanya tersenyum. Riang betul senyuman dia. Pelik!

“Cepatlah! I dah lambat ni.”

Aku tahu aku seperti memaksa dia. Tapi ada aku kisah? Aku nak dia bayar ganti rugi atas kerosakan Kelisa kesayanganku itu.

“Oklah. This is my card.”

Akhirnya lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepadaku. Aku mengambilnya dan memasukkannya ke dalam beg tangan tanpa melihat kad itu terlebih dahulu.

“And yours???” 

Lelaki itu menyoalku sebelum sempat aku berlalu pergi. Oh, ya! Kad aku. Mestilah aku kena bagi dia supaya senang urusan kami nanti, kan?

Aku membuka beg tanganku dan mengeluarkan sekeping kad namaku. Kemudian menyerahkan kepada lelaki itu. Dia mengambilnya sambil tersenyum lebar. Motif senyum macam tu???

“Then, see you again….” Ujarnya sambil berjalan mendekatiku.

Dia menunduk dan berbisik kepadaku…

“Miss Sweetheart.”

Aku tergamam. Hanya terkebil-kebil memandang dia yang sudah berpaling menuju ke arah BMW hitam miliknya. Itupun kalau kereta tu bukan bapak dia punyalah!

Miss Sweetheart? Sweetheart? EH?????

********************

Dua hari selepas kejadian keramat yang meninggalkan Kelisa kesayanganku cacat dan kelihatan sangat kasihan, aku akhirnya menerima panggilan daripada lelaki itu.

Dan dia masih memanggilku ‘Miss Sweetheart’!!

“What’s wrong with you? Can you stop calling me ‘Miss Sweetheart’??” Aku menghamburkan kata-kata amarah terhadap lelaki itu. Geli, tahu tak? Geli!!

Aku dapat mendengar dengan jelas suaranya ketawa di talian. Aduh, suara ketawa dia mampu menggegar jiwa wanitaku lah pula.

“Well, you called me Encik Sayang. So kenapa pulak saya tak boleh panggil awak Miss Sweetheart?” Dia menyoalku dalam ketawanya yang masih bersisa.

Aku terkedu. Lantas memandang skrin telefon bimbitku. Macamlah dia boleh keluar dari telefonku dan sekali lagi memanggilku Miss Sweetheart.

Bila masa aku panggil dia Encik Sayang? Dia bukan orang kesayangan aku pun! Aku tak gila nak panggil orang aku tak kenal….

Kejap! Hari tu, hari keramat tu…

Ok, replay…

“Macam nilah, Encik Sayang. You bagi I name card you. I’ll contact you later. You jangan harap boleh lari dari I.”

“Cepatlah, Encik Sayang! I ada meeting ni.”

End of replay.

Aku ada panggil dia Encik Sayang. Bukan sekali pulak tu. Dua kali aku panggil dia Encik Sayang!

Huwaa!!! Malunya!!! Aku sangat malu. Aku dapat rasakan mukaku macam udang kena bakar. Nasib baik dia tak ada depan aku, kalau tak…confirm dia akan gelakkan aku bagai tak ingat dunia. Macam manalah aku boleh panggil mamat tu Encik Sayang? Aku dah gila ke masa tu? Mentang-mentanglah suara dia macam suara Dome Pakorn.

Haa, aku tahu kenapa?!! Ni mesti sebab perempuan gedik dengan dia tu asyik panggil dia ‘sayang’, sampaikan aku pun terpanggil dia macam tu. Ok, aku repeat..TERPANGGIL, aku bukan sengaja nak letak ‘Sayang’ kat depan Encik tu, tau!

“So, amacam? Dah ingat dah?” Terdengar suara dia di hujung telingaku. Tergelak-gelak macam Dracula. Siot!

“Saya tarik balik. So, awak pun jangan panggil saya…”

“Miss Sweetheart?” Dia seakan sengaja memangilku begitu. Dengan penuh menggoda pula tu. Aku tak tergoda lah, wei!! Lagi geli adalah.

“Kan saya dah cakap, jangan panggil!! Awak ni kan…”

Aku mula menjerit. Aku memang macam ni, cepat sangat melatah bila kena usik. Macam Nang’ek dalam lakorn-lakorn yang aku tengok.

“Oklah, oklah, Cik Nur Alisya Adelia. Cantik betul nama awak, kan?”

Aku tersengih. Semua orang akan cakap macam tu bila dapat tahu nama aku. Suka betul aku dengan nama aku sendiri. Terima kasih, umi!!

“So, macam mana nak settle hal kereta saya tu?”

Aku akhirnya menyoal dia tentang perkara yang patut kami bincang dari awal lagi. Ini tidak, melalut pasal Encik Sayang dengan Miss Sweetheart. Chewah!! Macam sweet lah pulak, sedondon gitu. Encik Sayang and Miss Sweetheart. Sweet kan??

Aku menggelengkan kepala. Apa yang aku mengarut ni??

“Awak hantar je kereta kesayangan awak tu ke bengkel. And then mintak orang kat bengkel hantar bil pada saya. Settle! You don’t have to pay even a single cent.” Dia akhirnya menjawab.

Aku yang mendengar hanya mengagguk-angguk macam burung belatuk. Seronoknya aku sebab tak payah bayar apa-apa. Rupa-rupanya Encik Sayang ni baik juga orangnya. Bertanggungjawab atas kesalahan sendiri.

Aik, kenapa pula aku ni beriya-iya puji dia?

“Awak nak balik kampung weekend ni, kan? Take care!” Tiba-tiba dia bersuara lagi.

Aku terkebil-kebil. Balik kampung? Take care? Kejap!! Macam mana pulak dia tahu aku nak balik kampung weekend ni? Dia ni pakai spy ke apa??

“Macam mana awak….”

“Bye, bye. See you kat kampung……Miss Sweetheart…”

Dia memotong kata-kataku dan kemudian..klik! Berani dia hang up macam tu!!! Dah tu, still panggil aku Miss Sweetheart pulak tu. Geramnya aku!!!

*****************

Aku memandu MyVi milik Lidya dengan perlahan dan hati-hati. Teringat mulutnya yang meninggalkan bermacam-macam mandat sebelum aku akhirnya berjaya pinjam kereta dia. Kalah uncle yang buat pengumuman raya tu.

Jaga baik-baik!

Jangan pergi sodok lembu!

Jangan bagi burung berak atas cermin!

Macamlah aku boleh tahan kalau burung nak membuang atas kereta dia…

Bukannya aku nak sangat pun pinjam kereta dia, tapi disebabkan oleh mamat sewel yang aku panggil Encik Sayang itulah, terpaksalah aku mambuat muka kesian, minta pinjam kereta kesayangan Lidya.

Apa pun, sekarang aku kat kampung!!

Sawah padi yang terbentang luas, angin sepoi-sepoi bahasa, udara segar tanpa sebarang anasir-ansir luar yang menyesakkan hidungku….

Oh, aku suka kampung aku!!!

Aku membelok masuk ke perkarangan rumah. Tak sabar betul nak jumpa umi dengan abah, dan si kecil yang nakal, Hakeem adikku. Rindunya aku pada diorang semua!!

Tetapi….

Jelas di hadapan mataku sebuah kereta BMW berwarna hitam. Macam kenal kereta tu. Itu kan kereta malaun yang langgar aku hari tu? Aku kenal benar BMW yang berani betul cium buntut Kelisa aku. Apa dia buat kat rumah aku ni?

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sambil menanggalkan kasut.

“Waalaikumussalam. Adelia, masuk cepat. Umi nak kamu jumpa someone.” Umi menggesa aku supaya masuk cepat.

Aku mengerutkan dahi. Aik, umi ni kenapa? Aku baru je sampai, letih drive pun belum habis, dah disuruh jumpa orang. Sape pulak aku kena jumpa ni? Takkanlah….

Oh.

Takkanlah aku dah jadi kenyataan.

Wajah itu di depanku. Tersengih macam kerang tak berapa wangi.

“Ini umi kenalkan, Muhammad Azfar Haziq. Tunang Adelia.”

Aku terkulat-kulat memandang wajah umi yang tersenyum manis padaku.Tunang sape? Umi cakap tunang aku ke tadi?

Hah??????

Tibe-tiba je rasa macam aku baru je dapat berita Malaysia kena tsunami. Tak, tak…aku yang dah kena tsunami!!!

Dengan itu, kepulanganku benar-benar telah menggemparkan. Bukan menggemparkan sanak saudara atau orang kampung, tapi aku. Ya, menggemparkan aku!!

Umi dan papa dengan selamba tahap gaban je beritahu aku yang aku sebenarnya dah ditunangkan dengan Muhammad Azfar Haziq a.k.a. Encik Sayang (yang aku tak sayang pun!!) sejak dari kecil.

Serius terkejut aku! Aku ni tengah berlakon lakorn ke apa? Kalau dalam lakorn, bolehlah macam tu. Parang’ek bertunang atau kahwin tanpa rela dengan Nang’ek, dan kemudian perkahwinan mereka diganggu oleh Nang’rai yang memang tak reti pakai mekap.

Oh, Nang’rai!

Bukan ke Encik Sayang ni ada girlfriend yang gedik dan memang cukup syarat untuk jadi Nang’rai yang berjaya?

Ingin sahaja aku membuka mulut menyoal dia tetang perempuan itu. Tapi disebabkan umi dan papa, dan jugak ibu bapa dia ada kat sini, terpaksalah aku tahan niat aku tu. Aku ni, walaupun bermulut lepas, tak adalah sampai nak jatuhkan air muka orang.

Mental note: Serang Encik Sayang lepas ibu bapa kitorang tak ada kat sini!

********************

“Hi, Miss Sweetheart! Lama tunggu?” Satu suara hinggap di telingaku. Suara ala-ala Dome Pakorn yang memang aku akui sedap sejak hari pertama aku jumpa dia.

Aku berpaling. Mataku dicerlung ke arah wajah selambanya. Isy, geram betul aku tengok muka dia ni!

“Ok. Let me go straight to the point. Jom putuskan pertunangan ni. End of story.” Selamba sahaja aku memberikan cadangan.

Itu cadangan yang paling bernas sekarang ni, kan? Apa tidaknya? Aku tak kenal dia, dia tak kenal aku. Aku dan dia ditunangkan sejak kecil olah keluarga sebab mahu mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga kami. Huh? Sebab yang paling tak munasabah! Zaman sekarang mana ada orang buat macam tu lagi!

Encik Sayang langsung tidak mempedulikan cadangan aku yang bernas itu. Sebaliknya dia berjalan mengelilingiku dengan sesekali mengangguk dan akhirnya berdiri betul-betul di hadapanku. Kemudian memeluk tubuh.

“Nope.”

Hanya sepatah kata itu keluar dari mulut dia. Kemudian dia mengambil tempat duduk pada meja yang berdekatan dengan kedudukan kami.

“Huh?”

Aku dengan terkebil-kebil menyoal dia kembali, juga mengambil tempat duduk di hadapannya. Nope tu maksudnya dia tak nak putuskan pertunangan ke?

“Kenapa pulak saya nak putuskan pertunangan? Bukannya senang dapat tunang comel macam awak ni, Miss Sweetheart.”

Sah. Dia memang tak nak putuskan pertunangan.

Aku apa lagi? Terus buat muka masam. Geram betul dengan mamat ni! Dari masa kat kampung lagi tahap kegeraman aku pada dia sangatlah tinggi. Kat kampung hari tu, Ya Allah, manisnya mulut dia. Bukan main lagi dia cakap dengan umi dan papa betapa dia akan menjaga dan melindungi aku dengan baik. Dan akan menjadi seorang suami yang baik untuk aku.

Hanya ada satu perkataan untuk dia….

Gila.

Tak pun…

Sewel.

Serius! Dia ingat aku ni bodoh ke nak percaya cakap dia tu? Aku bukannya budak sekolah bawah umur yang boleh dia perkotak-katikkan. Dia ingat dia boleh teruskan pertunangan ni sampailah aku dengan dia berkahwin, dan pada yang sama dia ada hubungan dengan girlfriend Nang’rai dia tu?

Aku menarik nafas panjang. Dengan manusia seperti ini, rasanya aku kena gunakan cara berhemah. Cara-cara kasar aku hanya membuatkan otaknya tambah bengap.

“Awak ni nak susahkan saya kenapa? Awak kan dah ada girlfriend. Apa kata awak bagitahu parents awak, kita setuju putuskan pertungan ni. Lepas tu suruh diorang masuk meminang perempuan tu.”

“Lepas tu kahwin dengan dia. Macam tu?” Dia memotong cakapku.

Aku tersenyum tak ikhlas, lantas menganggukkan kepala.

Ya, itulah perancangannya. Tolonglah, Encik Sayang…tolonglah setuju.

“Still nope.”

Oh, masih tidak setuju.

Aku mendengus kasar.

“Awak ni kan! Kenapa awak nak teruskan pertunagan ni? Motif??? Awak tak kenal saya, saya tak kenal awak. In case awak dah lupa, kita tak ada langsung perasaan suka antara satu sama lain. Awak dah ada girlfriend yang asyik panggil awak ‘sayang’ tu dan buat saya rasa geli sangat. Dan walaupun saya tak ada boyfriend, saya tak kisah sebab saya nak jadi single buat masa ni. Single, ok? Which means no boyfriend, no fiancée and definitely no husband. Faham?” Aku bersuara tanpa henti. Sedikit meninggikan suara.

Fuhh, laju betul aku cakap. Mamat depan aku pun kelihatan terkebil-kebil je. Terkejut agaknya.

Dia memandangku.

Aku memandangnya kembali.

Dan tiba-tiba…..ketawanya meledak.

“Awak rasa geli bila dia panggil saya ‘sayang’ sebab awak jealous kan? Dan awak beiya-iya bagitahu saya awak ni single, sebab awak memang nak bagitahu status awak pada saya. Ala, Miss Sweetheart…awak tak perlu bimbang, saya memang tahu awak single. Tapi sekarang awak dah tak single lagi, tau. Sebab…awak tunang saya. Miss Sweetheart adalah tunang kepada Encik Sayang.” Dia menjawab dengan panjang lebar dalam sisa-sisa tawanya.

Aku terkulat-kulat memandang dia yang masih tergelak-gelak. Jealous? Dia cakap aku jealous?? Apa kes??

“Eh, awak jangan nak perasan boleh tak? Saya jealous?? Lawak, lawak!!” Bentakku sambil ketawa pura-pura.

Dan tiba-tiba….

“Sayang!!! Sayang buat apa kat sini???”

Ketawaku mati.

Mataku membulat.

Encik Sayang terpinga-pinga.

Mataku hanya terkebil-kebil memandang perempuan gedik yang pernah aku jumpa waktu kemalangan dulu. Dan dia masih memakai mekap tebal yang buruk di mataku.

Ok, cik Nang’rai dah sampai.

Perempuan itu menjelingku tajam sambil mengambil tempat duduk di sebelah Encik Sayang. Tangannya memeluk lengan lelaki di hadapanku ini. Diusap-usap lengan tegap itu dengan manja.

Tekak loya.

Perut senak.

Serius, rasa macam nak muntah tengok adegan depan mataku ini!!

Dan entah kenapa aku menjeling tajam ke arah Encik Sayang. Perasaan geram menjengah masuk dalam hatiku apabila dia selamba sahaja membiarkan perempuan gedik tu menyentuhnya begitu. Geramnya aku!!!

“Sayang, you buat apa dengan perempuan ni? Bukan ke dia ni orang yang langgar kereta you dulu??” Tiba-tiba perempuan tu bersuara.

Aku membeliakkan mata. Aku yang langgar dia??

“Hei, excuse me!! I rasa you ni dah hilang ingatan kot. Sayang you ni yang langgar I, bukan I langgar dia.” Tempelakku, membetulkan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut dia yang dilapisi lipstik merah membara itu.

Aku menekankan perkataan ‘sayang’sambil mataku dijeling pada Encik Sayang yang hanya membalas jelinganku dengan tersengih busuk. Dan…membalas pegangan tangan perempuan tu???

Aku sedar dia memang sengaja mahu membuat aku geram. Dan mungkin juga…cemburu??

Oh, tidak! Tidak!! Aku tak cemburu. Aku TAK mungkin cemburu.

Tapi aku memang geram tengok kelakuan mereka tu.

“Woi, Nang’rai!!! Lelaki yang kau duk pegang-pegang tu tunang akulah!!”

Ingin sahaja aku menjerit begitu. Tapi demi egoku sebab aku tak mengaku cemburu tadi, takkanlah aku nak jerit macam tu kan??

“Ala, kereta you tu Kelisa buruk je. Kalau kena langgar pun, bukannya apa-apa pun.” Sindir perempuan itu dengan mencebik muka.

Tersirap darah ke wajahku. Perasaan geram dalam hatiku berubah menjadi marah. Suka hati dia je nak hina Kelisa kesayangan aku!! Menghina Kelisaku sama dengan menghinaku!!

“Kereta I memang Kelisa buruk je. Tapi you jangan bimbang, lepas ni I akan selalu naik BMW. Tak gitu, Encik Sayang??” Sengaja aku menjawab begitu sambil tersenyum manis pada Encik Sayang. Dengan suara yang lembut dan manja pula tu.

Perempuan gedik itu melopong.

Encik Sayang terkebil-kebil.

Hah, rasakan!! Nak kenakan aku konon!!

“Apa maksud you, hah??” Perempuan itu menjawab sambil bangun secara mendadak.

Aku tidak menjawab, hanya mengjungkit bahu dan mengangkat kening. Ok, saat ini mukaku sangat kerek!!

“Sayang, apa maksud dia?? Dia naik kereta you ke? Sayang!! I tanya you ni!! Sayang!!!” Perempuan gedik itu mula terjerit-jerit macam orang gila. Memang sebijik macam Nang’rai dalam lakorn yang aku tengok selama ni.

Dalam beg tanganku ada kapas tak? Boleh aku letak dalam telingaku ni. Ala, tak adalah pula. Terpaksalah aku dengar jeritan minah tak betul ni.

Encik Sayang tidak menjawab, sebaliknya dia dengan selamba saja mengangkat kening kepadaku. Oh, dia nak cabar aku suruh bagitahu perempuan ni pasal status kitorang lah ya?? Hampeh!!

Ok, ok. Akan aku buktikan yang aku bukan macam Nang’ek dalam lakorn yang aku selalu tengok tu. Aku sangatlah bukan macam Nang’ek yang lembik dan akan biarkan aje Nang’rai pijak kepala dia.

So, Encik Sayang…saya sahut cabaran awak!!

Perlahan aku bangun dari dudukku, mendekatkan wajahku dan merenung perempuan itu.

“You betul-betul nak tahu kenapa? Sebab….I dengan sayang you ni, tunang. He’s my fiancée and I’m his fiancée. Ada faham?” Selamba sahaja aku bersuara. Langsung tak ada rasa bersalah walaupun aku mungkin akan menyakitkan hati manusia sama jantina dengan aku ni.

Sorry lah, ya! Saya memang tak suka awak. So, saya tak rasa bersalah.

Perempuan itu menjegilkan mata kepadaku. Kemudian dia menoleh ke arah Encik Sayang yang masih lagi membatu, tanpa sebarang perasaan. Isy, geram juga aku tengok sikap selamba dia tu!

“Hoi, perempuan!!! You jangan nak tipulah. You ingat sayang I ni pandang ke perempuan macam you ni?? Dahlah pendek, tak cantik pulak tu!!” Tiba-tiba dia menyerangku.

Spontan aku mengangkat wajahku yang tadi dekat dengan wajahnya dan berundur ke belakang sedikit. Terkejut jugak aku bila tiba-tiba dia menjerit macam tu.

Amboi, ikut sedap mulut dia je nak kutuk-kutuk aku. Ini tak boleh jadi ni!!

“Dia pandang ke tak, I tetap tunang dia. Kitorang dah nak kahwin pun.” Balasku selamba sambil memeluk tubuh. Langsung tidak meninggikan suara. Aku malaslah nak menjerit-jerit macam Nang’rai ni. Buat sakit tekak je.

Mataku melirik pada Encik Sayang yang sudah pun tersenyum mendengar jawapanku. Ini sorang lagi manusia yang buat aku geram. Aku dengan girlfriend dia tengah bergaduh, boleh pulak dia senyum-senyum macam tu. Dia ni betul ke tak? Isy, musykil betul aku!

“You jangan nak beranganlah!! Dia ni boyfriend I!! Berani you nak rampas dia daripada I???”

Perempuan ala-ala Nang’rai tu kelihatan makin agresif. Matanya merah. Wajahnya tegang. Tangannya pulak dikepal, membentuk penumbuk.

Alamak, seram pulak aku tengok dia ni. Dia nak tumbuk aku ke apa?

Tiba-tiba dia mengangkat tangan. Namun sebelum sempat tangannya singgah ke mukaku, ada tangan lain yang lebih dulu memegang pergelangan tangan dia.

Oh, Encik Sayang dah selamatkan mukaku daripada jadi mangsa minah sewel ni. Go, Encik Sayang!! Awaklah penyelamat saya!!! Awak dah jadi Prang’ek saya!! Awaklah hero saya!!

Kejap, bukan ke semua ni jadi memang sebab dia? Ok, dia bukan penyelamat! Sebab memang patut pun dia selamatkan aku.

“Don’t you dare touch my fiancée. Don’t you dare touch Miss Sweetheart.” Akhirnya bersuara juga Encik Sayang. Dengan nada serius pula tu.

Membulat mata perempuan tu. Kan aku dah cakap, aku ni tunang dia, kau tak nak percaya. Dan aku adalah satu-satunya Miss Sweetheart dia. Aduh, kenapa pulak panggilan Miss Sweetheart tu tiba-tiba je aku suka?

“I have enough of you. Bila you nak faham yang I dengan you dah tak ada apa-apa, hah? Sejak you ada affair dengan Datuk tua tu lagi. Berapa lelaki yang you nak, barulah you puas hati?” Sambung Encik Sayang lagi. Matanya merenung perempuan di hadapanku dengan sungguh tajam.

Aku terlopong. Perempuan dengan mekap tebal 10 inci ni ada ramai lelaki? Apa yang lelaki-lelaki tu tengok kat dia? Wah!! Ini dah macam lakorn yang aku tengok selama ni.

“Tapi, sayang….kan I dah mintak maaf dengan you. I….I dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. Jangan tinggalkan I. Please, sayang.”

“I dah pun tinggalkan you. So you jangan ganggu I dengan bakal isteri I lagi.” Jawab Encik Sayang dengan dingin. Wah!! Memang ada gaya Prang’ek yang macho.

Sesaat kemudian dia menghampiriku yang ternyata masih terkebil-kebil dengan adegan lakorn depan mataku ini.

“Let’s go, Miss Sweetheart.” Dia mengajakku pulang.

Tergesa-gesa aku bangun. Sebelum pergi, sempat juga aku menjeling ke arah perempuan Nang’rai tadi. Rasa seronok sebab kemenangan ada dalam tanganku. Haha!!

“Tunggulah!!! Kenapa awak jalan cepat sangat ni?” Teriakku pada Encik Sayang yang laju sahaja berjalan meninggalkanku.

“Awak suka saya, kan?” Soalnya tiba-tiba tatkala aku tiba di sebelahnya.

Automatik aku menoleh. Hah?? Mana pulak datangnya konklusi dia tu?

“Bila masa pulak saya suka awak?”

“Eleh, tak nak ngaku. Tadi awak jealous kan?? Siap bergaduh dengan dia sebab saya pulak tu. Terharu, terharu…” Balasnya sambil ketawa.

Aku mencebik muka. Perasan sungguh mamat sorang ni!!

“Bila masa saya bergaduh dengan dia sebab awak?? Saya gaduh dengan dia sebab…..sebab dia hina Kelisa saya. Yup, sebab dia hina kereta saya!!”

Ketawa Encik Sayang makin kuat. Aku yang melihat pun dah rasa macam nak ketawa sama. Memang betullah orang cakap, ketawa ni berjangkit.

“Then saya balik pada dia jelah.”

Aku terpempan. Balik pada perempuan tu??

“Mana boleh!!” Tanpa sedar aku terjerit.

Alamak, apasal pulak aku cakap macam tu?

“Ha, tengok!! Awak memang suka saya!!”

“Mana ada!”

“Ada!”

“Mana ada!”

“Ada!”

“Mana ada!”

“Mana ada!!”

“Ada!”

Opps, aku tercakap ‘ada’.

Encik Sayang ketawa lagi. Sukalah tu sebab dia dah menang. Geramnya!!

“Huh, malas layan awak. Saya nak balik!”

Letih betul aku layan mamat ni a.k.a tunangku a.k.a Encik Sayang.

Kejap! Nama dia….

“Awak, apa nama awak??” Aku menyoal dia sambil bersiap sedia dengan muka comelku. Manalah tahu kalau-kalau dia marah sebab aku tak ingat nama dia. Yelah, masa dia bagi name card dia, aku tak tengok pun. Masa umi bagitahu nama dia pun, aku buat dek je.

Mata Encik Sayang terbeliak. Kalau ya pun terkejut sebab tunang sendiri tak ingat nama dia, tak perlu kot nak besarkan mata macam tu sekali.

“Awak tak tahu nama saya? Awak tak tahu nama tunang sendiri????”

Dia membalas soalanku dengan soalan juga. Dia ni tak tahu ke kalau orang bagi soalan, kita jawab dengan jawapan bukannya dengan soalan jugak…

Aku mengjungkit bahu dan tersengih.

“Well, sebab saya panggil awak Encik Sayang.”

“Then, saya pun tak ingat nama awak jugaklah.”

“Hah?”

“Well, sebab saya panggil awak Miss Sweetheart.”

“Awak!!!!!”

“Yes, Miss Sweetheart???”


**********************

Kamus Encik Sayang dan Miss Sweetheart…….

Lakorn: Drama Siam dari negara Thailand

Prang’ek: Hero atau watak lelaki utama

Nang’ek: Heroin atau watak perempuan utama

Nang’rai: Watak perempuan jahat yang selalunya cuba memisahkan Prang’ek dan Nang’ek

19 comments:

  1. sgt best n sweet....
    tp cter cm trgntong jer....
    klu ag best jdkn novel k??
    =D

    ReplyDelete
  2. sweet ^_^
    lebih gula lah cerita ni.
    kelakar pun ada. keep it up! ;)

    ReplyDelete
  3. adeq kewchiq: t'gantung? hehe, mmg sengaja wat ending cm 2 je sbnrnye. sbb klu t'pnjg mmg trs jdk novel..hehe

    ReplyDelete
  4. simple tapi sangat2 sweet ja... =)

    ReplyDelete
  5. knp skit sgt???? lg pn cter ney best per... apasal x smbung lgi?????

    ReplyDelete
  6. @tulipkayma: sikit ek? klu sy smbg lg, terlebh pnjang plak, blh jd novel trs..hehe

    ReplyDelete
  7. kelakar cite ni... encik sayang, miss sweetheart... sweet je sebut... hahaha

    ReplyDelete
  8. simple but sweet,love it :)

    ReplyDelete
  9. nape cerpen nie x di wat novel.. best gler jln citernye.. x puas bca la.. pendek sgt..

    ReplyDelete
  10. kak sarah nape citer nie mcm t'gntung jer ?? x kesah arh klu jadi novel skali pon, best ape citer nie ?? klu kak sarah jdikan novel saye sggup beli tau, ps2 saye ajk la skali kengkwan beli novel akak nie.. saye suka smua hasil keje kak sara nie, smuanya sweet tmbah klaka.. kak sara buat la byk2 eh ?? saye stia bace smuanya..

    ReplyDelete
  11. suke sgt cite ni...suwit sgt
    sempoi lg

    ReplyDelete
  12. Alahai kalo sambung skit bg clear ending nye mesti thumbs up lg,hehe. Novel pjg. Sy lg suke cerpen. (:
    Thanks kak sara (err kak ke eh?) haha.
    -hanna anne-

    ReplyDelete
  13. best..sweet,cute n cool.so gempakkkk!!!-iezahtakuya

    ReplyDelete