Tahun terbitan: 2017
Genre: Melodrama
BLURP
Pertama
kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin, itulah
kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya
buat Zalia tidak akan pernah berganjak.
“Tengku
buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia
“Awak
boleh buat satu perkara. Marry me,
Zalia!” – Tengku Zarif
Seperti
pasangan kekasih yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah.
Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup
sempurna.
Namun,
mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak
mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah
Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Hatta, mengorbankan nyawa.
“Aku
tak nak dia dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah
Kemunculan
semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan.
Tetapi sekuat mana pun dia, bila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua.
Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.
“Saya
nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia
Ternyata,
keputusan itu cuma keputusan bodoh yang melumatkan lagi sekeping hati milik
Zalia. Tengku Zarif semakin jauh. Fariena senyum mengejek. Tengku Zaharah
ketawa sinis. Lalu, yang tertinggal cuma Zalia bersama hati yang semakin lama
semakin dongkol. Tetapi mereka tersilap besar! Seorang Zalia tidak akan
selamanya menunduk. Bila diri dan hati sudah terlampau dipijak-pijak, dia
bangkit bersama dendam.
“You…you…you
dah menang, Zalia.” – Fariena
“Selagi
kau belum mati, aku belum menang.” – Zalia
Namun,
benarkah kebencian harus dibalas dengan kebencian? Benarkah dendam mampu
merawat hati yang lebur?
INFO:
STS adalah novel dari drama Syurgaku Tak Sempurna. Maksudnya, skrip drama STS telah diolah ke bentuk novel. Cik SA mahu mencabar diri untuk buat begitu. Ini ialah kali pertama dan kali terakhir berbuat demikian. Dah cuba dan dah tahu rasanya, kan? Lagipula, Cik SA sebenarnya tidak menganggap STS sebagai hasil karya Cik SA. Idea, jalan cerita, semuanya bukan berasal daripada Cik SA. Ceritanya pun sangat-sangat lain daripada jalan cerita yang biasa Cik SA tulis. So not me, I would say. But it was a great challenge and i did glad that I pick up this project. Tahulah juga rasanya macam mana nak transform skrip yang beratus-ratus muka surat tu ke bentuk novel. 😌
Skrip asal: Ayuni Zamani
Idea asal: Dato' Rafiena
Pelakon drama STS:
Raja Ilya sebagai Zalia
Shah Iskandar sebagai Tengku Zarif
Skrip asal: Ayuni Zamani
Idea asal: Dato' Rafiena
Pelakon drama STS:
Raja Ilya sebagai Zalia
Shah Iskandar sebagai Tengku Zarif
No comments:
Post a Comment