KOMPILASI CEREKA CINTA


Tahun terbitan: 2014
Genre:
Dendam Bersulam Cinta (Melodrama)
I'm Not A Monster (Action romance)
Pria Persis Dia (Romantic comedy)


BLURP

Dendam Bersulam Cinta

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar

“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah

I’m Not A Monster

“Aku...bunuh seseorang. Hari ini.” - Ryu

“Kau tahu tak, Ryu? Kau yang berikan nyawa kepada aku.” - Maya

Ryu, si pembunuh kejam, ketua Red Dragon. Maya, gadis misteri dengan rahsianya tersendiri. Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya, kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya?

Pria Persis Dia

“Kenalin, Sofiyya. Pacar gue. Wanita paling cantik, paling keren, dan paling gue cinta semesta alam.” - Andrian

“Mencintai itu jangan terlampau.” - Sofiyya

Kata Andrian, dia mencintai Sofiyya. Kata Sofiyya, biarlah dia cuba mencintai. Tetapi benarkah bicara puitis Andrian itu datangnya dari hati atau sekadar mainan bibir semata-mata? Atau mungkinkah ada kisah di sebalik kemunculan jejaka tanah seberang itu?

INFO

Kompilasi Cereka Cinta merupakan karya yang diprint sendiri oleh Cik SA, sempena satu event di Singapura pada akhir tahun 2014. Seribu buah naskah diterbitkan, dan sekarang semuanya sudah SOLD OUT. Tidak ada lagi dan takkan reprint.

Tetapi...

Salah sebuah mini novel dalam CC telah dipanjangkan cerita dan diterbitkan sebagai novel penuh, iaitu I'M NOT A MONSTER. 

Segala info pasal CC dan bab-bab awal boleh di baca di link bawah:

Kompilasi Cereka Cinta



No comments:

Post a Comment